Syuhada harap Hafiz Roshdi tak culas beri nafkah anak, ini respon tuan badan

Oleh INFORAKYAT

Syuhada harap Hafiz Roshdi tak culas beri nafkah anak, ini respon tuan badan. Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi baru-baru ini memuat naik sebuah hantaran di Instagram memaparkan gambarnya di Mahkamah Syariah.

Di dalam perkongsian itu, Shuhada dilihat memakai jubah dan tudung hitam berserta sebuah fail yang dipegang di tangannya.

Menerusi ruangan kapsyen, Shuhada berharap pemberian nafkah untuk kedua-dua anaknya tidak terputus susulan perceraian dia dan bekas suami.

Syuhada harap Hafiz Roshdi tak culas beri nafkah anak, ini respon tuan badan

Difahamkan, wanita itu hadir di Mahkamah Syariah Selangor untuk menguruskan hal berkaitan perceraian dia dan Hafidz Roshdi.

“Semoga nafkah anak-anak takkan putus. Amin Ya Mujib.”

Perkongsian Shuhada ini turut dihujani dengan doa dan kata-kata semangat dari netizen yang berharap wanita itu kekal kuat menghadapi dugaan tersebut.

Selain komen-komen dari netizen, bekas suaminya juga turut sama meninggalkan komen di perkongsian yang dimuat naik oleh Shuhada ini.


Pelakon itu seolah-olah membalas kapsyen yang ditulis oleh bekas isterinya itu di mana Hafidz memaklumkan dia akan tetap memberikan nafkah buat anak-anak mereka. Terdahulu,

pelakon itu juga turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya apabila dia membawa mereka keluar membeli mainan.

“InshaAllah rezeki anak anak takkan putus nafkah pun sama.”

BACA:

Power betul! Tun M pun tak tahu cara ni, rupa-rupanya ini cara Anwar Ibrahim bakal gunakan untuk naikkan ekonomi negara

Pemuda berjaya jual duit kertas RM1 dengan harga RM1,000, puas hati bila dapat tahu kenapa