Setiap syarikat biasanya mempunyai syarat tertentu untuk calon yang ingin memohon jawatan kosong di tempat mereka.
Namun, sebuah syarikat di China telah menetapkan syarat yang agak pelik, iaitu calon yang lahir pada tahun anjing
Mereka tidak dibenarkan memohon kerja di syarikat tersebut
Syarat yang dianggap tidak masuk akal ini telah mengundang kecaman dari rakyat negara tersebut.
Diskriminasi Terhadap Calon
Syarikat yang tidak dinamakan dan terletak di bandar Guangzhou, wilayah Guangdong, telah mengiklankan kekosongan jawatan dalam bidang pentadbiran
. Mereka menetapkan syarat kelayakan termasuk pengalaman kerja dan kemahiran dalam perisian pejabat, dengan menawarkan gaji bulanan sebanyak 4,000 yuan (RM2,500).
Yang mengejutkan, iklan tersebut secara jelas menyatakan bahawa calon yang lahir pada tahun anjing tidak perlu menghantar resume mereka.
Pemilik Lahir Tahun Naga, Menganggap Tidak Serasi
Netizen menganggap syarikat tersebut melakukan diskriminasi secara terang-terangan.
Menurut Oddity Central, pemilik syarikat tersebut dilahirkan pada tahun naga dan percaya bahawa beliau tidak serasi dengan individu yang lahir pada tahun anjing.
Pemilik syarikat percaya bahawa pengambilan pekerja yang lahir pada tahun anjing akan memberi kesan buruk kepada pembangunan syarikat, jadi beliau secara khusus menyarankan agar calon ‘tahun anjing’ tidak memohon.
Walaupun diskriminasi dalam pasaran pekerjaan di China bukanlah sesuatu yang luar biasa, ‘diskriminasi zodiak’ ini dianggap melampau. Ramai netizen China mencadangkan agar mereka yang lahir pada tahun anjing mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut.
BACA: Gaji Menteri Besar dan Ketua Menteri jauh lebih mahal, kalah Perdana Menteri