Syamsul Yusof bergabung dengan Tun Ali Rustam buat filem ratus juta

Syamsul Yusof bergabung dengan Tun Ali Rustam buat filem ratus juta

Syamsul Yusof bergabung dengan Tun Ali Rustam buat filem ratus juta. Pengarah hebat, Syamsul Yusof mengesahkan dia menerima tawaran bagi menghasilkan sebuah filem epik yang mengangkat keagungan sejarah negeri Melaka.

Menurut laporan Utusan Online, projek kerjasama dengan kerajaan negeri bersejarah itu bagaimanapun masih dalam fasa perbincangan awal sekali gus tidak dapat berkongsi butiran lanjut.

“Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam menyatakan minat untuk bekerjasama dan akan sekali lagi memanggil saya serta pasukan untuk berbincang lebih lanjut.
“Beliau ada meminta saya melakukan penambahbaikan skrip dengan memasukkan beberapa idea untuk memantapkan lagi produksi itu,” kata pengarah berusia 38 tahun itu.

Pengarah filem Mat Kilau itu berkata jika berjaya direalisasikan, kos pembikinan filem itu akan menjadi yang termahal pernah dihasilkan dalam sejarah industri filem negara ini.

Syamsul Yusof bergabung dengan Tun Ali Rustam buat filem ratus juta

“Ratus (juta)… Insya-Allah, filem ini akan menjadi produksi paling mahal dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia,” ujar anak penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu.

Semalam, foto pertemuan pihaknya dengan Tun Mohd Ali di laman Instagram mengundang keterujaan orang ramai bagi mengetahui filem apa bakal dihasilkan Syamsul pada masa akan datang.

BACA:

‘Marketing’ kecaman Aliff Syukri berjaya, kini lagu Baby Sayang trending nombor 1!

Tular gambar nikah di Tiktok, Baby Shima rupanya janda?

Ikea tiba-tiba ‘lockdown’, panik semua pengunjung dalam tu

CATEGORIES