Syahmi Syazli tayang rumah baru, netizen tetap rasa dia humble… Ini sebabnya…

Syahmi Syazli tayang rumah baru, netizen tetap rasa dia humble… Ini sebabnya. Sebelum ini, rumah baru Youtuber dan pengarah filem tersohor iaitu Syahmi Sazli pernah viral gara-gara keunikan yang dipaparkan disamping rekaannya yang menarik perhatian warganet.
Pun begitu, nampaknya sekali lagi rumah baru Syahmi Sazli menjadi tumpuan buat peminat dan penyokongnya berikutan satu rakaman video yang dilakukan oleh dirinya sendiri.
Menghasilkan video house tour, Syahmi Sazli yang turut berkongsikan menerusi ruangan TikTok membuatkan dia hangat diperkatakan oleh warganet diruang komen disamping menerima ribuan tanda suka ramai.
Mana tidaknya, dalam disebalik dia berkongsikan beberapa ruang dalam rumahnya termasuklah dapur dan bilik di bahagian atas, sempat juga dia menunjukkan bilik buat Yoe Parey dan Asif sekali gus menerima pujian warganet.
Turut menjengah ke ruangan komen, cara Syahmi Sazli membuat video house tour turut mendapat respek daripada netizen kerana dia turut berkongsikan pihak yang membuat rumahnya itu.
@syahmi_sazliHOUSE TOUR..♬ original sound – Syahmi Sazli
Lanjutan daripada komen-komen netizen di hantaran video tersebut di Tiktok juga, rata-rata daripada mereka merasa tumpang gembira melihat apa yang dimiliki oleh anak muda ini.
“…aku tak rasa macam dia nak menunjuk kekayaan dia sebab dia humble”
“Ada jugak bilik khas Yoe dengan Asif macam tak sangka…”
“Tumpang gembira…”