Syahmi Sazli hadiahkan Mercedes kepada lelaki ni, “terkejut sangat ni bang”

Syahmi Sazli hadiahkan Mercedes kepada lelaki ni terkejut sangat ni bang

Syahmi Sazli hadiahkan Mercedes kepada lelaki ni, “terkejut sangat ni bang”. YouTuber dan usahawan terkenal, Syahmi Sazli sememangnya sudah mempunyai pengikut yang tersendiri. Interaksi bersama peminat serta pengikut di media sosial juga harus dipuji kerana jarang ada komen-komen negatif berkaitan dirinya.

Syahmi Sazli buat cabutan bertuah

Baru-baru ini, YouTuber asal Kelantan itu telah membuat satu konten cabutan bertuah buah para pembeli produk yang dijual secara atas talian.

Tergamam menang Mercedes

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Syahmi Sazli hadiahkan Mercedes kepada lelaki ni, "terkejut sangat ni bang"

Antara hadiah yang menjadi impian ramai adalah sebuah kereta mewah jenis Mercedes A180 (convert A45), motosikal jenis Honda Beat dan banyak lagi.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian pemenang utama cabutan bertuah yang dibuat Syahmi Sazli iaitu seorang juruteknik yang baru sahaja menimang cahaya mata.

Rezeki anak baru lahir

Dia yang mendapat perkhabaran memenangi cabutan bertuah terbabit menerusi panggilan video mengakui sangat bersyukur dan begitu terkejut sehingga tidak mampu berkata-kata.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Haziq Akram itu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarganya dan menganggap apa yang diperolehi itu sebagai rezeki anak.

Pemenang tempat ke-3 menangis gembira

@n.azieyyy_ Simpan sini buat kenangan 😆 #megacontestblank #syahmisazli ♬ suara asli – sadvibes🥀 – Sadvibes🥀

Selain daripada sebuah kereta Mercedes, Syahmi Sazli juga turut berkongsi video pemenang tempat ketiga dengan membawa pulang Honda Beat.

Reaksi pemenang telah dikongsikan ketika Syahmi membuat panggilan video kepada para pemenang cabutan bertuah itu.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu

Perkongsian yang dibuat YouTuber berkenaan di media sosial telah menuai pelbagai maklum balas positif daripada warganet. Rata-rata mendoakan agar Syahmi terus dimurahkan rezeki supaya dapat berkongsi rezeki yang diperoleh dengan orang lain.

Mereka juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang terutamanya pemenang Mercedes yang begitu teruja mendapat sebuah kereta seusai menimang cahaya mata baru kira-kira dua minggu lalu.

BACA:

Porsche mewah eksiden langgar pokok milik ketua bahagian Umno?

Habis deretan Honda baru atas treler terbakar, ini punca sebenar

Wanita pecah tabung guna duit syiling beli emas, sekali ini respon jurujual

CATEGORIES