Sweet Qismina dedah nikah sebulan lagi dengan pelakon Adam Lee

Sweet Qismina dedah nikah sebulan lagi dengan pelakon Adam Lee

Sweet Qismina dedah nikah sebulan lagi dengan pelakon Adam Lee. Berbaki sebulan lagi sebelum pasangan pelakon popular, Sweet Qismina dan Adam Lee bakal bergelar pengantin baharu.

Bagaimanapun, Sweet enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis akad nikah. Sebaliknya, hanya memaklumkan dia dan Adam memutuskan berkahwin selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Saya sudah beritahu ketika kami bertunang, tahun lalu. Kami akan mengikat tali pertunangan selama setahun.

“Jadi, kami harap orang akan faham bila kami akan berkahwin. Tetapi, saya faham mungkin ramai sudah lupa sebab dalam masa setahun macam-macam boleh berlaku.

“Apa yang boleh dikongsikan, kami akan berkahwin apabila pertunangan cukup tempoh setahun,” katanya kepada BH Online.

Sweet Qismina dedah nikah sebulan lagi dengan pelakon Adam Lee

Sweet ditemui pada majlis pelancaran lagu tema dan treler filem Seratus di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Media, di sini, hari ini.

Sweet dan Adam bertunang pada 24 Oktober, tahun lalu yang juga tarikh ulang tahun kelahiran Sweet ke-24.

Mengulas sikap seolah-olah mahu merahsiakan hari bersejarahnya, Sweet berkata, dia enggan ada pihak menganggap perkongsian tarikh sebagai salah satu strategi pemasaran.

“Kalau boleh saya dan Adam tidak mahu terlalu menghebahkan. Nanti ada yang kata ia adalah strategi pemasaran atau seumpamanya. Jika boleh memang tak nak ada unsur sebegitu.

“Bila sudah dekat dengan hari bahagia, kami akan beritahu. Mungkin dalam sebulan atau beberapa minggu sebelum itu, kami akan umumkan dalam media sosial,” katanya.

Sweet turut berkongsi perasaan gugup bergelar isteri, malah tidak terkecuali diuji sama seperti pasangan lain.

Namun, kata Sweet, dia bersyukur dikurniakan pasangan memahami.

“Banyak dalam fikiran saya. Alhamdulillah, kami berjaya atasi banyak dugaan. Mujurlah Adam juga bekerja dalam satu industri, jadi masing-masing memahami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sweet berkata, dia teruja menampilkan filem terbaharunya, Seratus. Filem arahan Feroz Kadir itu akan ditayangkan di pawagam bermula 6 Oktober depan.

Kata Sweet, istimewanya, filem itu menampilkan 100 pelakon dalam satu filem.

“Kita takkan pernah terfikir ada 100 pelakon tanah air yang bukan suam-suam sahaja, tetapi memang mempunyai tahap tersendiri boleh bekerjasama menjayakan satu filem.

“Saya memang bangga dapat bekerjasama menghasilkan filem ini. Pada masa sama, saya gembira mengetahui betapa bersatunya pelakon kita untuk bersama naskhah ini,” katanya.

Selain Sweet, filem Seratus turut dibintangi Sharul Kamal, Fauzi Nawawi, Amar Baharin, Amyra Rosli, Wan Sharmilla, Syazwan Zulkifly, Sara Ali, Marissa Yasmin, Fify Azmi, Hafeez Mikail, Wan Hanafi Su, Riz Amin, Ziana Zain, Fizz Fairuz dan ramai lagi.

BACA:

Leona menangis tinggalkan Malaysia, akan sambung belajar luar negara

“Aku tarik rambut kau jumpa dekat set, jangan ingat kau bagus” – Ayda Jebat

Netizen pelik tiba-tiba program PU Azman di radio dah tiada

CATEGORIES