Surat Zahid letak jawatan tular

Surat Zahid letak jawatan tular

Surat Zahid letak jawatan tular. Satu kenyataan yang tular menyatakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan meletak jawatan adalah palsu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh beliau sendiri menerusi satu hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid.

Ujarnya, orang ramai diminta untuk tidak mengeruhkan keadaan dengan kenyataan palsu berkenaan.

“Surat yang disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab,” katanya pada Rabu.

Surat Zahid letak jawatan tular

Sebelum ini, kenyataan yang tular itu turut memberitahu bahawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan Ahmad Zahid sebagai pengerusi gabungan BN berkenaan.

Ia juga memaklumkan bahawa gabungan tersebut telah mencapai satu kesepakatan untuk menentukan sama ada akan menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid memohon agar rakyat semua mendoakan yang terbaik pada ketika ini.

“Mohon doakan yang terbaik dalam keadaan sekarang ini,” jelas beliau.

BACA:

Zahid dedah Agong titah BN buat kerajaan perpaduan

Agong panggil mesyuarat Raja-Raja Melayu esok bincang calon PM

Video kibar bendera komunis tular, polis beri amaran ini

 

CATEGORIES