Sumber PMO dedah PRU November ini. Pilihan raya umum mungkin diadakan pada November ini.
Memetik dari Malaysiakini, perkara itu didedahkan oleh dua sumber daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
“Buat masa ini, perdana menteri (Ismail Sabri Yaakob) telah memilih dua waktu sebagai tarikh sesuai untuk PRU. Bulan November atau Mac pada 2023.
“Bulan November dipilih selepas mengambil kira pembentangan belanjawan tahun 2023.
“Namun, ia tertakluk kepada keadaan cuaca khususnya negeri-negeri pantai timur yang sering dilanda banjir pada penghujung tahun.
“Sekiranya, bencananya teruk, maka November tak jadi,” kata sumber seperti dipetik Malaysiakini.
Ismail sebelum ini memberi bayangan PRU15 mungkin lebih awal, setelah dia mendapat desakan berbuat demikian daripada pemimpion Umno, khususnya Presiden Ahmad Zahid Hamidi.
Ismail yang juga naib presiden Umno sebelum ini berkata pilihan raya paling lewat boleh diadakan pada Julai (2023), apabila tamat tempoh (penggal) bagi pilihan raya umum yang lalu.
Sementara itu, satu lagi sumber berkata bahawa bulan Mac tahun depan mungkin dipilih kerana ia satu-satunya slot yang ada pada suku pertama tahun depan.
Katanya, pertimbangan akan mengambil kira perayaan Tahun Baru Cina dan bulan puasa.
“Jadi, hanya Mac slot yang tinggal untuk PRU,” katanya.
Bagaimanapun, kedua-dua sumber tidak menolak kemungkinan tarikh ini mungkin berubah mengikut keadaan politik semasa.
BACA:
Bekas calon PRU paling tua di Malaysia meninggal dunia
PRU-15 : Akhirnya Warisan umum kerjasama dengan…
Logo bulan lebih dikenali, PAS mungkin guna logo sendiri PRU15