Sukarnya membetulkan kelompok yang merasakan diri mereka sentiasa benar

Sukarnya membetulkan kelompok yang merasakan diri mereka sentiasa benar

Teringat Mat Sabu cerita tentang kisah perang di kalangan umat Islam di Asia Barat. Kumpulan A sebelum pegi perang buat solat hajat dan berdoa. Kumpulan B pun sama. Solat mengadap qiblat yang sama dan berdoa kepada Tuhan yang sama. Kumpulan A bedil kumpulan B sambil bertakbir. Kumpulan B juga bedil kumpulan A sambil bertakbir. Anggota kumpulan A yang mati dianggap syahid. Anggota kumpulan B yang mati juga dianggap syahid.

Yang sebenarnya menjadi mangsa ialah agama dan mereka yang benar-benar berpegang dengan ajaran agama.

Pendosa dan penjahat besarnya ialah mereka yang menjual agama dan memangsakan para pengikut demi kepentingan diri dan kelompok mereka sahaja. Bagi mereka kebenaran itu sentiasa berpihak kepada mereka, dan maka itu kemenangan juga wajib berpihak kepada mereka dengan apa cara sekalipun.

Umat ini sudah terlalu lama diajar dengan pemikiran ‘zero sum’. Kejayaan satu pihak bermaksud mengorbankan pihak yang lain. Konflik hanya boleh diselesaikan dengan kemenangan atau kekalahan secara total pihak yang bertelagah. The winners take all.

Diplomasi adalah suatu perkara yang agak asing dalam kehidupan dan tamadun umat ini. Diplomasi dianggap satu kelemahan. Diplomasi sering dianggap menggadai prinsip dan akidah. Mengalah adalah petanda kebodohan. Memohon maaf bermaksud berbuat salah. Memberi maaf dilihat sebagai menjual maruah.

Ini adalah pemikiran yang sendat mewarnai akal budi umat ini. Ianya mesti dibetulkan. Membetulkan pemikiran ini bukan satu kerja mudah dalam iklim dan budaya masyarakat yang sangat konservatif.

Sumber:

COMMENTS