Suka hati tampar budak, Pak Guard kedai buku terkenal dibuang kerja

Oleh INFORAKYAT

Suka hati tampar budak, Pak Guard kedai buku terkenal dibuang kerja. Seorang pengawal keselamatan kedai buku MPH digantung dari bertugas akibat menampar seorang remaja lelaki selepas menuduhnya mencuri sebuah komik. Tindakan itu dimuat naik di laman Facebook rasmi MPH Bookstores.

Kejadian yang berlaku pada 24 Mac (Ahad) di MPH NU Sentral bermula apabila mangsa ditahan oleh pengawal keselamatan kedai buku MPH dan memeriksa beg remaja berusia 13 tahun itu sebelum menjumpai sebuah komik tanpa resit.

Menuduh remaja tersebut mencuri, remaja berkenaan kemudiannya ditarik dari belakang baju dan dibawa ke bilik siasatan tanpa diberi peluang membela diri.

Suka hati tampar budak, Pak Guard kedai buku terkenal dibuang kerja

Mendakwa ditampar dua kali oleh pengawal keselamatan dalam usia 20-an, remaja tersebut dibenarkan keluar selepas mereka mendapati terdapat pelekat di belakang buku yang menandakan komik tersebut sudah dibeli.

Turut memberi amaran kepada remaja terbabit supaya tidak memberitahu ibu bapanya tentang kejadian tersebut, ibu mangsa yang berang dengan tindakan pengawal keselamatan itu bertemu dan menuntut penjelasan daripadanya.

“Anak saya telefon saya dan suruh saya tunggu di pintu masuk kedai. Kemudiannya saya nampak dia keluar dengan mata dan pipi yang bengkak. Dia beritahu saya dia ditampar oleh pengawal keselamatan.

Saya beri anak saya RM100 untuk pergi ke kedai buku dan komik itu hanya berharga RM12. Mustahil untuk dia curi.” – Ibu mangsa

Ayah mangsa yang turut sama tidak berpuas hati mengambil tindakan melaporkan kejadian tersebut pihak polis selain memberitahu anaknya sudah merasa takut untuk pergi ke kedai buku seorang diri.

BACA:

Jadi kawasan jual barang tiruan, USA masukkan Petaling Street dalam senarai ‘blacklist’

SPRM beku akaun kerana pengubahan wang haram, pemimpin PPBM akhirnya buka mulut