Suka buka cerita lama Atu, Sharif mohon maaf kepada adiknya

Oleh AHMAD SULAIMAN

Sharif Zero menjelaskan bahawa perkongsian mengenai kisah hidup adiknya, Atu, yang didedahkan sebelum ini hanya bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai.

Menurut Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Dol Sharif, 34, tiada niat untuk memburukkan keadaan

Dan beliau secara terbuka memohon maaf sekiranya Atu berasa kurang senang dengan pendedahan tersebut.

“Saya hanya mahu berkongsi pengalaman dia untuk dijadikan inspirasi.

Kalau dia anggap ia mengaibkan, saya tidak boleh salahkannya kerana dia berhak bersuara,” katanya kepada mStar.

Suka buka cerita lama Atu, Sharif mohon maaf kepada adiknya

Sharif ditemui selepas konsert akhir program Famili Duo musim keempat (FD4) di Shah Alam, Selangor, pada malam Ahad.

Tambah Sharif, perkongsiannya mungkin disalah anggap oleh sesetengah pihak.

“Mungkin apa yang diperkatakan itu disalah anggap. Saya minta maaf jika ada kata-kata yang terlepas. Tak mungkin saya mahu memburukkan adik sendiri. Saya bangga dengan apa yang dia lalui sehingga berjaya sekarang ini,” jelasnya.

Beliau memberi kenyataan ini selepas Atu mendedahkan dalam satu temu bual bahawa pendedahan tersebut memberi kesan kepada isterinya dan tidak sepatutnya diceritakan.

Sharif turut menegaskan bahawa hubungan mereka masih baik dan tidak wujud sebarang sengketa.

“Kami masih berhubung seperti biasa. Hubungan kami baik sahaja. Cuma mungkin selepas ini kisah keluarga tidak perlu lagi diceritakan kepada orang, cukup sekadar antara kami,” tambahnya.

Sharif juga menjelaskan bahawa apa yang disampaikannya dalam podcast itu adalah kisah yang pernah dikongsikan oleh Atu sebelum ini. Namun, beliau tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu.

“Sebelum ini kami okey sahaja ‘membahan’ antara satu sama lain. Mungkin kerana dalam podcast itu hanya saya seorang yang bercakap, bukan kami bertiga (bersama Atu dan Melati). Kadang-kadang apa yang disampaikan itu hanyalah gurauan, tetapi ia dianggap serius,” ujarnya lagi.

BACA: Suami pelahap tak toleh kiri kanan, pasangan muda lebih penting makan dari anak