Penduduk di kampung ini terkejut apabila beribu-ribu ikan ditemui mati dan terdampar di pantai.
Kejadian tersebut berlaku pada hari Khamis yang lalu di Pantai Tegal Papak.
Ketua Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) dan Bomba Pandeglang, Riza Ahmad Kurniawan, menjelaskan
Bahawa insiden itu disebabkan oleh perubahan suhu air laut yang mendadak.
“Perubahan suhu yang berlaku secara mendadak menyebabkan ikan-ikan tersebut mencari tempat yang lebih nyaman, iaitu di pantai,” katanya.
Walaupun begitu, Riza berkata pihaknya masih belum dapat mengesahkan sama ada pencemaran air laut adalah punca kematian ikan-ikan tersebut.
“Fenomena seperti ini sebenarnya biasa berlaku apabila suhu air berubah secara mendadak.
Namun, penduduk tidak perlu panik kerana kejadian ini tidak ada kaitan dengan tanda-tanda bencana alam,” tambahnya.
BACA: lelaki maut selapas ajak lakukan aksi “ringan- ringan” ketika cuti bersama