Sufian Suhaimi pula tunjuk kekasih selepas MK, makin kecewa gadis-gadis

Sufian Suhaimi pula tunjuk kekasih selepas MK makin kecewa gadis gadis

Sufian Suhaimi pula tunjuk kekasih selepas MK, makin kecewa gadis-gadis. Belum sembuh ‘luka’ di hati selepas dikecewakan penyanyi rap MK, peminat sekali lagi terpaksa menjeruk rasa apabila penyanyi Sufian Suhaimi pula dilihat mesra bersama seorang wanita ‘rahsia’ yang belkum dipastikan identitinya.

Sebuah video memperlihatkan pelantun lagu Di Matamu sedang makan bersama seorang gadis misteri yang dirakam seorang netizen telah membuatkan peminatnya tertanya-tanya gerangan gadis tersebut.

Adegan mesra Sufian, 30, yang tular dalam aplikasi TikTok itu turut membuatkan peminatnya dalam kalangan wanita ‘makan hati’ jika benar gadis tersebut merupakan kekasih hatinya

Dalam video yang dirakam dari jarak jauh itu, kelihatan Sufian begitu ceria menikmati hidanganmakan malam bersama seorang gadis bertudung.

Sesekali penyanyi itu juga kelihatan ketawa sewaktu berbual dengan gadis yang tidak didedahkan wajahnya itu.

“Makan dengan siapa? Terima kasih. Apa-apa pun, awak memang baik. Semoga terus menyanyi dan hasilkan lagu-lagu yang segar dan berkualiti,” tulis pemilik akaun TikTok @izzhaelmi.

Dalam ruangan komen, rata-rata peminat melahirkan rasa sakit hati selepas dua kali dikecewakan oleh penyanyi kesayangan mereka.

Sufian Suhaimi pula tunjuk kekasih selepas MK, makin kecewa gadis-gadis

“Sebelum ini MK. Sekarang Sufian pula. Sakit ya,” ujar seorang pengguna TikTok.

“Selepas MK, Sufian pula. Tahun ini memang tahun mereka bertemu jodoh ke?” soal seorang netizen.

“Saya harap awak baik-baik sahaja,” pinta seorang lagi peminatnya.

Bercakap kepada Kosmo! Online baru-baru ini, Sufian mengakui dirinya bukanlah orang yang bernasib baik tentang cinta.

Sufian memberitahu sebenarnya dia baru sahaja sekali lagi melalui fasa putus cinta bersama seorang wanita pada Disember tahun lalu.

“Sebenarnya saya baru sahaja putus cinta dua minggu sebelum mengerjakan umrah pada Disember lalu.

“Hubungan tersebut sudah terjalin sejak tahun 2019 tetapi saya tidak pernah berkongsi kepada umum,” katanya

BACA:

Tun M dedah kerajaan PH rancang banyak agenda bantu melayu, tapi ditumbangkan awal

Selamat Hari Guru, ini model kereta pilihan ramai cikgu Malaysia

Cara sebenar buat aduan jika barang online yang anda pesan lambat sampai

CATEGORIES