Sudah bergelar jutawan, ini respon Nana

Oleh INFORAKYAT

Sudah bergelar jutawan, ini respon Nana. Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, terkejut apabila dirinya didakwa menjadi seorang penyanyi pop terkaya di Malaysia dan bertaraf jutawan oleh seorang YouTuber Indonesia.

Nana ketika dihubungi berkata, semua yang diperolehnya kini adalah rezeki daripada Allah dan ia amat disyukuri.

Katanya, sama ada sudah bergelar jutawan atau tidak, dia hanya mampu mengaminkan saja.

“Alhamdulillah, semua yang saya ada sekarang ini adalah rezeki daripada Allah. Jadi, sama ada saya sudah jutawan atau belum, sukar untuk saya menjawab pertanyaan itu.

“Apapun, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang mendoakan saya dan semoga ‘masin’ mulut anda yang mendakwa saya sudah jutawan itu. Saya ucapkan terima kasih,” katanya kepada Harian Metro.

Sudah bergelar jutawan, ini respon Nana

Menurut Nana yang juga ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, dia tidak menduga ada saluran YouTube daripada ‘content creator’ di negara jiran yang membicarakan mengenai pendapatan termasuk aset peribadi dimilikinya seperti rumah dan kenderaan.

“Sejujurnya, saya agak terkejut juga apabila menonton video berkenaan. Namun, dalam hati saya ‘amin’ kan saja kerana mana tahu satu hari nanti jadi kenyataan. Insya-Allah, sebab setiap ‘kata-kata’ itu adalah doa,” katanya.

BACA:

Akhirnya “Pejuang Pas” mohon maaf kecam Adibah Noor

Adam Corrie luah perasaan, ‘asal jahat sahaja mesti saya’