Baru-baru ini, pelakon Zara Zya muncul dalam sebuah podcast dan berkongsi pengalaman seram yang dialaminya semasa menjalani penggambaran.
Ketika berkongsi cerita tersebut, netizen meremang apabila suaranya tiba-tiba bertukar menjadi garau dan menyeramkan.
Di TikTok, seorang lelaki bernama Badlisyah berkongsi beberapa tips untuk mengelakkan diri daripada terkena gangguan yang tidak baik, seperti sihir.
Menurut Badli, jika kita bermimpi tentang ular, itu bermakna kita sedang disihir.
Jika ular tersebut berwarna hitam, ia menunjukkan aura negatif sihir yang tidak baik, manakala jika ia berwarna hijau, mungkin ia adalah saka
Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita mempunyai penjaga, yang mana warnanya mungkin hijau atau warna-warna pelik seperti biru dan kuning.
@badlisyah.bs2 Jika lalu vtt ini, di Tiktok anda, rezeki anda leluhur keturunan cuba bantu. Faham betul2 save dan share bagi yg pernah alami : jika anda lemah jangan tengok podcast yang panjang kerana ada sesuatu. #zarazya #sihir #possessed #viral_video #tranding #iblis ♬ Creepy simple horror ambient(1270589) – howlingindicator
Jika isyarat berkaitan ular menunjukkan bahawa ia sudah masuk ke dalam darah kita, ini menandakan keadaan yang lebih serius.
Dalam situasi seperti yang diceritakan oleh Zara, ketakutan boleh menyebabkan gangguan tersebut masuk ke dalam badan
. Oleh itu, amalan perlu dilakukan oleh sesiapa yang mengalami situasi yang sama. Menurut Badli, kita tidak perlu bergantung kepada perawat, bomoh, atau sesiapa; sebaliknya, kita harus mendekatkan diri kepada Allah.
Badli juga menekankan bahawa hanya diri kita sendiri dan kuasa Allah yang dapat menyembuhkan perkara yang tidak baik daripada berlaku.
Kita perlu meminta kepada Allah melalui cara selawat, zikir, dan solat. Jika kita masih merasakan gangguan dalam telinga, itu bermakna ia masih ada dalam darah kita dan kita perlu melawannya.
Badli memberikan beberapa tips untuk menghindari perbuatan sihir, antaranya ialah dengan berselawat, berqasidah, dan menjaga adab.
Sentiasa keluar rumah dengan membaca Bismillah, makan dengan cara duduk, dan bercakap dengan baik adalah amalan yang perlu dipraktikkan.
Kita juga perlu berhati-hati agar tidak melanggar norma-norma seperti menerima pemberian tanpa ikhlas, berprasangka buruk terhadap orang lain, atau berkata-kata tidak baik.
Di akhir perkongsiannya, Badli menekankan bahawa dengan mendekatkan diri kepada Allah, seseorang manusia dapat mengalahkan iblis.
Kebanyakan perkara yang berlaku kepada kita disebabkan oleh ketakutan, kesedihan, kecenderungan untuk menyendiri, dan stres. Apabila kita berada dalam keadaan seperti itu, ‘benda’ negatif tersebut mudah masuk ke dalam badan kita
BACA: ‘Hubungi saya berbincang, selesai’ Jo Branko persoalkan keikhlasan Awie