Suami terkejut isteri dan anak hanya tinggal rangka selepas bertahun tak balik rumah

Oleh AHMAD SULAIMAN

Seorang suami terkejut apabila menemui dua rangka yang dipercayai milik isteri dan anaknya di dalam rumah selepas bertahun-tahun tidak pulang, dalam satu kejadian di Indonesia.

Menurut laporan media, lelaki yang bernama Mudjoyo Tjandra pulang ke rumah tersebut untuk mengambil barang miliknya.

Namun, apabila dia tiba, dia mendapati rumah itu telah dikunci dari dalam.

Oleh itu, dia meminta bantuan penduduk kampung untuk memecahkan pintu rumah dan mencari dua beranak tersebut.

Keadaan menjadi hiba apabila Mudjoyo menemui dua rangka manusia yang dipercayai milik isterinya, Indah Hayati, dan anak lelakinya, Elia Immanuel Putra, yang terbaring di atas katil.

Suami terkejut isteri dan anak hanya tinggal rangka selepas bertahun tak balik rumah

Kali terakhir mereka dilihat sebelum pandemik

Menurut jiran-jiran di kawasan tersebut, mereka tidak pernah terhidu bau yang mencurigakan dari rumah itu dan kali terakhir mereka melihat Indah adalah sebelum pandemik COVID-19. Penduduk juga menganggap bahawa dua beranak tersebut mungkin telah berpindah kerana pernah mendengar khabar angin bahawa rumah itu akan dijual. Malah, lampu rumah itu tidak pernah dinyalakan pada waktu malam, menguatkan andaian mereka.

Mudjoyo menjelaskan bahawa dia telah meninggalkan rumah itu sejak 2014 dan kali terakhir berhubung dengan anaknya pada November 2018, tanpa mengesyaki apa-apa yang tidak kena.

Selain kejadian tersebut, perhatian juga tertumpu pada permukaan dinding dalam rumah yang penuh dengan tulisan panjang yang ditujukan kepada Mudjoyo.

Susulan daripada penemuan itu, pihak polis sedang menyiasat punca sebenar kematian dua beranak tersebut dan meminta saksi kejadian untuk tampil membuat laporan.

BACA: Betul ke Forest City bakal jadi bandar kasino? akhirnya Anwar Ibrahim buka mulut