Suami tergamak rakam isteri gantung diri

Seorang lelaki ditangkap polis di Andhra Pradesh, selepas tergamak merakam video aksi isterinya menggantung diri pada kipas siling.

Gulf News melaporkan, lelaki itu terus merakam walaupun menyedari isterinya serius dengan ancaman untuk mengakhiri hidupnya.

Dia juga bertindak menghasut isterinya dengan merakam video menggunakan telefon tetapi juga menghantar video berkenaan kepada mentuanya selepas kejadian itu.

Suami tergamak rakam isteri gantung diri

Gambar Hiasan.

Polis di Andhra Pradesh menahan Penchalaiah, 38, seorang pengawal keselamatan di sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di bandar Atmakur, Nellore.

Menurut polis, Penchalaiah mendakwa isterinya, Kondamma, 31, mempunyai hubungan sulit.

Selepas pertengkaran, Kondamma, mengancam untuk menggantung diri.

Dalam video yang kini dirampas polis, Penchalaiah berkata, dia tidak akan cuba menghentikan tindakan isterinya untuk membunuh diri itu.

“Saya tidak akan menghentikan anda jika anda mengakhiri hidup anda.

“Saya akan tunjukkan video ini kepada saudaramu,” katanya dalam video itu.

Dalam rakaman video itu, wanita itu memandang suaminya dengan harapan lelaki berkenaan akan menghentikan tindakannya.

Tetapi, Penchalaiah menggesa isterinya untuk membunuh diri.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ibu bapa wanita berkenaan selepas mereka menerima video mengejutkan daripada menantu mereka.

Polis turut mendakwa lelaki itu kerana bersubahat membunuh diri dan penderaan mental terhadap isterinya. Pasangan itu mempunyai dua anak.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/09/758626/suami-rakam-kematian-isteri

BACA JUGA : Rehatkan Azam Baki : Menteri akan bincang dengan Perdana Menteri

CATEGORIES