“Suami tak pernah culas bab jaga anak, tolong buat kerja rumah tapi nakfkah batin…”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Suami isteri perlu ada tolenrasi dalam sesuatu perkahwinan, biasakan diri meluah perasaan agar kurang salah faham.

Seorang wanita mengakui masalahnya ini bukan besar buat orang lain tapi amat penting untuk dirinya.

Jelasnya, dia merasa seperti suami kurang memberi nafkah batin hingga akhirnya dia terpaksa meminta suami melayaninya.

“Suami tak pernah culas bab jaga anak, tolong buat kerja rumah tapi nakfkah batin…”

“Aku dah berkahwin tiga tahun. Masih dalam proses menyesuaikan diri. Ada naik turun dalam rumahtangga, tapi Alhamdulillah masih bersama suami.

Hidup tiga beranak dalam rumah ni, semuanya diuruskan sendiri oleh kami. Masing masing bekerja, jadi anak dihantar ke taska.

Aku keluar bekerja seawal 6.15 pagi sesudah subuh, suami masuk kerja lewat jadi suami yang hantar anak ke taska. Sekiranya aku balik awal, aku ambil anak.

Kami hidup sederhana, aku diberi rezeki kerja yang lebih gajinya dari suami. Tapi aku redha dan aku pilih untuk terus bekerja.

Yelah, hidup dekat kota raya ni mana cukup gaji seorang ja. Anak pun nak masuk dua dah.

Suami banyak tolong urusan kerja rumah, macam basuh baju, jaga anak masa aku masak. Aku akan masak bila aku sempat masak. Jarang kami makan dekat luar.

Satu kekurangan suami aku. Bab nafkah batin.

Ya, benda ni hal dalam kelambu. Aku tak tahu aku nak rujuk perkara ni dekat siapa. Aib suami kan.

Kami bersama sebulan sekali, kadang dua kali. Nak cakap suami aku letih, aku lagi letih tau. Haha mengandung, pergi kerja dua jam, balik kerja dua jam.

Balik rumah masak, siapkan anak, layan anak. Lima hari seminggu rutin ini berulang.

Suami aku kerja dekat. Masuk lewat, balik awal. Baju basuh weekend ja, itu pun ada dryer dekat rumah, tak perlu sidai pun. Aku yang lipat kan setiap minggu.

Banyak kali dah aku cakap, aku nak hak aku. Tapi itu lah. Aku cakap, baru nak terhegeh-hegeh nak datang cari aku.

Senang kata, aku yang kena mula dulu. Nak cakap suami tak ok, elok ja. Suami aku bukan kaki perempuan.

Telefon aku selalu ja check, tak da apa yang mencurigakan. Cumanya bab nafkah batin ni dia ambil remeh. Remeh bagi dia, besar bagi aku.

Aku pernah cakap, kalau nafkah zahir dia cuma mampu bagi sekadar yang boleh, nafkah batin, tolonglah bagi sempurna. Aku nak dihargai juga. Aku manusia, ada nafsu.

Benda ni boleh buat aku hilang hormat dekat dia. Tapi, kalau hari ini aku heart to heart dengan dia, esok dia akan sentuh aku dan kemudian lagi dua tiga minggu .

Nak kata aku tak ok, aku jaga luar dalam. Tak adalah gemuk. Cuma mengandung jadi pergerakkan aku agak terbatas. Tapi benda ni jadi sejak aku tak mengandung pun.

Mula mula kahwin ja suami aku tak pernah culas bab nafkah batin. Bila dah setahun, jadi hambar. Orang kata sparks tu dah hilang.

Aku dah cuba macam macam untuk tarik perhatian suami aku. Tapi macam tulah. Oklah empat ke lima hari. Lepastu aku umpama kayu semula.

Tadi aku bergaduh lagi dengan dia. Aku cakap, GRO pun disentuh lebih banyak kali dari aku, seorang isteri. Last bersama tiga minggu lepas.

Itu pun aku yang mula dulu tau. Macam macam dah aku buat, aku dah buntu. Aku isteri, tapi macam tak dianggap seorang isteri. Rasa macam roomate ja. Hahahahaha..

Sedih tau. Aku sayang suami aku, tapi suami aku tak tunaikan hak aku. Aku dah tuntut hak aku, tapi takkan aku nak kena tuntut hak aku setiap masa. Letih lah aku.

Mungkin siapa yang baca akan rasa ni kelakar. Tapi bagi yang mengalami nasib macam aku, mesti faham.

Sedih tu entah lah. Nak cerita dekat siapa, nanti orang gelak kan kita.

Apa lagi aku nak kena buat. Bercuti berdua pun dah, wangi wangi dah, seksi pun dah, cantik cantik dah.. Tapi kalau dia nak, baru dia cari aku.

Itu pun dua ke tiga minggu sekali la baru dia cari. Selebihnya aku tunggu ja atas katil sorang sorang, dia di ruang tamu main fon, tengok tv, berak.

Kadang tunggu sampai tertidur.. tengok tengok dah pagi. Bangun pagi, dia tak ada, berak sampai sejam sambil main game dalam tandas.”

Baca juga:Syok dapat gaji 5 angka sebulan jadi ejen takaful? Lelaki ini dedah sisi gelap takaful yang ramai tak perasan