“Suami tak habis kata dia anak tak guna sebab jarang pulang, siap cakap ibu bapa tak boleh diganti”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Anak mana sahaja yang tak terasa jika pasangan mereka dilayan acuh tak acuh oleh ibu bapa, apatah lagi sudah banyak dikorban.

Tapi masih ada ramai ibu bapa yang bergantung hanya pada satu anak sedangkan ada anak lain lebih dekat dan mampu menjaga mereka.

Disebabkan layanan diberikan mentua, seorang wanita memilih untuk tidak kerap pulang ke kampung suami untuk menjaga hati sendiri.

Pada masa sama dia tetap menasihati suami untuk pulang bertemu ibu bapa sendiri agar tak keruh hubungan mereka anak beranak.

Selama ni saya cuba bersabar dan cekalkan hari sebab saya dah berbulan tak balik ke rumah mentua disebabkan ada isu yang membuatkan saya berkecil hjari.

"Suami tak habis kata dia anak tak guna sebab jarang pulang, siap cakap ibu bapa tak boleh diganti”

Dulu memang saya selalu balik rumah mentua tapi bila sering tersakiti saya maklum pada suami untuk tak pulang ke ruamh keluarganya untuk tak keruhkan keadaan.

Suami sangatlah memahami tapi nak dijadikan cerita minggu lepas ada kerja kahwin di rumah saudara sebelah suami.

Saya cuba pujuk suami saya untuk pergi walaupun dalam masa yang sama saya juga terluka tapi saya masih fikirkan hati mentua saya.

Saya pujuk suami untuk pergi, balik hari pun tak apa tapi suami saya tak nak pergi sebab fikirkan saya. Saya tak nak orang kata saya punca suami saya tak nak pergi.

Terbaru adik suami ada WhatsApp suami menyatakan seolah-olah suami ni anak lelaki yang tak guna, abaikan tanggung jawab dekat ibu bapa dan adik beradik.

Saya faham memandangkan suami anak lelaki sulung dan pada masa sama ibu bapa dia pun hantar mesej menyakitkan hati.

Mesej tersebut menyatakan bahawa kebahagiaan boleh dicari tapi ibu bapa tiada ganti, jujur hati saya terhiris.

Betul mak bapa tiada ganti tanpa macam mana pula dengan pengorbanan seorang isteri yang melahirkan anak dan cucu ini.

Suami nasihat untuk tak melayan tapi biasalah hati ni tisu mestilah terasa walaupun sedikit, sedangkan saya tak pernah halang suami untuk balik.

Betul orang kata menantu selamanya, sampai bila-bila tetap dianggap orang luar. Mereka bercakap tanpa memikir hati menantu atau cucu mereka.

Sedangkan semua ni berpunca dari mereka, mereka banyak memerli saya dan suami setiap kali balik rumah mereka.

Mereka selalu banding-bandingkan anak saya, kalau sekali dua boleh faham tapi secara berterusan, menantu mana sahaja tak buntu.

Baca juga: KKM arah henti jual ais krim dicampur ubat batuk serta-merta ini sebabnya