Assalamualaikum admin, terima kasih jika sudi post kisah saya ini. Ini bukan akaun fb saya.
Sekadar ingin meluahkan betapa s4kitnya untuk bertahan dalam sebuah perhubungan. Selepas 5 tahun menjanda dengan mempunyai 2 orang anak, akhirnya saya dilamar suami orang.
Kami nikah tanpa pengetahuan isteri dia, tapi benda macam ini tidak boleh simpan lama – lama dan akhirnya isteri pertama tahu juga.
Waktu saya jadi isteri simpan itu memang dah s4kit sangat, hanya yang pernah melaluinya akan paham.
Tapi dah jod0h saya, kami tidak bercinta, mungkin dia rasa simpati ke atas saya. Ketika itu hidup saya daif sangat, diperlakukan oleh suami pertama.
Bekas suami kaki pukuI dan pemalas. Jadi saya tanggung anak – anak dari sejak lahir lagi.
Suami yang sekarang ni lah tempat saya mengadu kerana itu memang kerja dia. Untuk membantu ibu – ibu tunggal macam kami, bukan niat saya nak mer4mpas. Dulu pun saya takut tengok orang bermadu – madu, siapa tahu akhirnya jadi kat saya.
Mak mertua pun pernah ser4ng saya sebab family mereka semua sayang pada isteri pertama suami. Nak dijadikan cerita, kadang – kadang kami elok, kadang – kadang kami makan hati, biasalah hidup bermadu. Hanya yang mengaIami akan tahu.
Untuk perkahwinan kali ni pun saya hidup tanpa ada nafkah dari suami sekarang apa lagi anak – anak yang bukan dar4h daging suami. Saya tanggung makan minum kami sendiri, bekas suami dah lari entah ke mana, tak dapat dijejaki.
Saya hanya kerja biasa – biasa. Untuk pengetahuan, duit gaji dari mula kahwin, semua suami saya pegang. Saya kerja siang dan malam, dia cuma bagi seminggu RM50 sahaja untuk bekal. Makan hati juga la… Sampailah ada satu tahap saya g4duh dan minta sekeras – kerasnya kad ATM saya.
Selama 6 tahun juga dia simpan tapi isteri pertama asyik cakap nafkah dia anak beranak tak cukup dan dia banyak iri hati dengan saya. Dia buruk sangka, dia cakap suami banyak lebihkan saya. Padahal harta dalam rumah semua milik saya sendiri bukan suami, semua hasil duit saya.
Kalau ada pun minta suami belikan, lepas tu saya bayar sikit – sikit sebab kad dia dah pegang. Sedangkan madu saya simpan duit senyap – senyap tapi dia cerita kat saya, suruh jangan bagi tahu kat suami kami. Ok laa tak apa.
Tapi isteri dia masih cakap duit nafkah tak cukup padahal gaji saya dengan suami semua dilaburkan pada anak – anak dia dengan dia. Makan hati juga la, tapi dah nama pun isteri ke-2, telan jela. Siapa suruh erkk. Isteri pertama pula minta dilepaskan dengan alasan suami tak mampu.
Tapi tup – tup lepas habis je tempoh iddah dia terus nikah dengan lelaki yang sebaya anak sulung dia dan suami. Dia jemput kami ke majlis kahwin itu. Maka bermulalah bersambung kisah hidup saya yang perit lagi s4kit.
Anak dia 6 orang, dan suami saya ambil ahli untuk jaga mereka semua. Dengan alasan dia, bekas isteri dah lupa anak – anak asyik dengan suami dia yang muda itu. Dah tak boleh berenggang dah, sampai anak – anak semua asyik kebuIuran di rumah.
Dah la anak – anak saya sendiri, saya yang tanggung hidup diorang. Apa salahnya korang berbahagi jaga anak – anak. Ramai tu semua serah kat saya, saya ada bawa mereka bincang tapi masuk kanan keluar kiri. Tak ada maknanya. semua dengan eg0 masing – masing, akhirnya saya akur…
Saya terima semua, saya dah anggap macam anak – anak saya juga. Dengan kerja dari pagi sampai ke malam. Tak mengapa, mungkin ini rezeki kami. Lagipun saya dah biasa hidup susah. Ye, suami pun dah berduit, saya pun begitu gaji ada laa sikit – sikit, alhamdulillah.
CUMA MASALAHNYA SEKARANG, SUAMI SUKA D3RA ANAK – ANAK SAYA. ANAK SAYA SEMUA DALAM KETAKUTAN KADANG LARI TUMPANG RUMAH KAWAN DIORANG. Selama 10 tahun mereka dalam ketakutan tak pernah bebas di rumah sendiri.
Untuk pengetahuan pembaca, dari dulu lagi dia suka s4kiti anak – anak saya. Suami seorang yang sangat bagus, mula kenal dia wataknyaa sangat lemah lembut namun tak sangka pecah tembeIang bila dah kahwin. Dia pernah beIasah anak – anak saya sebab saya belikan anak sulung handphone.
Tapi lepas tu semua anak – anak dia, dia belikan fon juga. Niat nak suruh dia anggap anak – anak saya macam anak kandungnya sendiri tapi siapa la saya untuk mem4ksa. Malah dia mend3ra mentaI dan fizikaI anak – anak saya pula.
S4kittt ya Allah, satu dugaan aku t3mpuhi. Entah mungkin sehingga nafas ini terhenti. Saya dah takut untuk bercerai tapi dalam masa yang sama dia sem4kin dan sem4kin mend3ra anak – anak saya. Dia sem4kin benci kat anak – anak saya, hilang arah saya dibuatnya sekarang ini..
Komen W4rganet :
Sue Maira Al-Idrus : Dah anak kene d3ra, kena pukuI, kad atm plak laki pegang, lagi kene catu plak duit, kemudian boleh kata takut nak cerai. Dah biar je la. Tunggu anak – anak awak jadi mentaI belaka. Tak pun tunggu semua lari tinggalkan awak. Jagalah anak tiri awak tu, anak sendiri biar merempat merata. Tak fahamlah, terang – terang laki awak buat macam tu. Dah 6 tahun kan, tunggulah lagi 60 tahun.
Hananku Za : Saya tak ade nak marah ke ape. Saya faham apa yang puan cuba sampaikan. Puan berada dalam keluarga yang abvsive.. Bila berada dalam keluarga abvsive dan meng0ngkong, puan berubah menjadi seorang yang penakut, hilang konfiden dan murung dari hari ke Hari.
Tak apa puan, buat masa sekarang, Puan perlu berhenti kerja. Biar suami puan melepaskan puan. Sebab dia pun tak akan boleh tanggung begitu banyak perut.
Jika dia p4ksa puan bekerja, dengan syarat, sekali lagi dia naik tangan hatta jentik kat anak – anak puan, jatuh taIak. Jika dia tidak bersetuju, dengan apa – apa sahaja cara puan, puan bawa anak – anak puan lari.
Pastikan tiada sesiapapun tahu (terutamanya keluarga suami). Puan boleh. Puan kuat. Saya yakin, puan pun sekarang bukan taat kerana cinta dan sayang Kat suami.. lebih kepada taat kerana takut diani4yai.