Suami sedang tenat, isteri bawa kekasih gelap minta izin untuk kahwin lain. Seorang wanita di Palembang, Sumatera Selatan menjadi tular apabila tergamak meminta izin berkahwin dengan kekasih gelap kerana suaminya sedang sakit tenat, lapor laman Wolipop semalam.
Rakaman video wanita itu meminta agar suaminya yang sedang terbaring di dalam rumah mereka dimuat naik oleh anak pasangan tersebut, Sehen Ki Agoeng di laman TikTok.
Wanita itu mengajak teman lelaki ke rumah untuk memberitahu suaminya bahawa dia ingin berkahwin lain.
Dalam video yang tular itu, si isteri dan lelaki simpanannya hanya berdiri acuh tak acuh sambil melihat keadaan suami yang terbaring lesu.
“Selepas ibu menyampaikan pesanan terakhir kepada ayah, dia meminta izin untuk keluar rumah,” tulis kapsyen video.
Sementara itu, anak pasangan itu memaklumkan bahawa bapanya sudah reda ditinggalkan isteri meskipun dengan cara kejam seperti itu. – Agensi
BACA:
Tular video anak pendakwah terkenal berpeluk, bercium dengan kekasih
Ura-ura harga gula pula bakal naik, kos pengeluaran didakwa naik 30%
Lelaki ini cari sedang cari calon isteri yang boleh habiskan duit simpanannya
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio