“Suami sambut birthday di parking kereta hospital je dah buat saya bahagia”

Suami sambut birthday di parking kereta hospital je dah buat saya bahagia

“Suami sambut birthday di parking kereta hospital je dah buat saya bahagia”. BAHAGIA itu fitrah. Semua orang ingin bahagia. Manusia yang waras sentiasa ingin dan mencari bahagia.

Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan adalah untuk mencapai bahagia.

Begitu juga bagi pasangan yang sudah berumah tangga, keluarga bahagia merupakan impian setiap insan.

Suami yang penyayang, isteri yang setia, dan pasangan yang sentiasa ada bersama di saat susah dan senang.

Seperti dapat dilihat dengan sebuah keluarga ini. Bahagia melihat apabila si ayah cuba mencipta kenangan terindah buat keluarga menyambut hari lahir salah seorang anak walaupun di parkir hospital.

Suami sambut birthday di parking kereta hospital je dah buat saya bahagia

Menerusi perkongsian seorang wanita di TikTok dikenali Bonda Umirah Taib, sambutan hari lahir salah seorang daripada enam anak mereka bernama Deja itu dirancang suaminya.

Video berdurasi 3 minit 53 saat tersebut tular dengan mendapat hampir dua juta tontonan.

Ia bermula apabila si ayah memberitahu keluarga mereka untuk berkumpul adik-beradik bagi meraikan hari lahir Deja yang sedang sakit dan dimasukkan ke hospital.

Oleh kerana kanak-kanak tidak dibenarkan masuk dan berada dalam wad hospital, mereka hanya mampu tunggu Deja di luar pekarangan hospital.

Bertekad untuk tidak membiarkan hari istimewa si kecil Deja menjadi sia-sia berlalu pergi, mereka sekeluarga memutuskan untuk mengadakan sambutan sedemikian.

Menerusi video terbabit, kelihata si ayah dan adik-beradik Deja menggunakan kanvas plastik biru seperti yang biasa dibuat alas duduk sekeluarga ketika berkelah, dan ia telah diubah suai menjadi tempat parti, dengan menu penting kek hari jadi, minuman serta makanan ringan dihidangkan.

Si ayah juga kelihatan bertungkus lumus bersama adik-beradik yang lain bagi menyiapkan kejutan itu untuk Deja yang akan turun dari hospital.

BACA:

Ketua Menteri gusar gelombang hijau bakal landa Pulau Pinang

Rupanya tiga tim. menteri yang baru dilantik ini adalah adik bekas menteri

MT Umno kecam Annuar Musa, “dia dah lama nak bakar rumah kita”

CATEGORIES