Salam semua, aku salah seorang silent reader dekat sini. Selalu baca kisah rumahtangga orang, hari ni aku rasa terpanggil nak kongsi kisah aku.
Kisahnya sedikit panjang dan berliku. Nama aku Mina, nama suami aku Mamat.
Masuk tahun ni dah 15 tahun kami berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Dua lelaki satu perempuan.
Suami aku kerja dan kewangan sangat stabil sebab dia jenis yang teliti dalam berbelanja. Jadi jarang sangatlah dia terlebih atau membeli sesuatu bukan keperluan.
Aku pun kerja, gaji memang tinggi berdasarkan pengalaman. Jadi hidup kami ni Alhamdulillah dari segi kewangan tapi kami masih mengamalkan kehidupan sederhana saja. Orang kata 5 tahun pertama adalah masa untuk kita benar – benar kenal pasangan kita.
Sisi cerah dan gelap yang tersembunyi dan disembunyi. Awal perkahwinan semua indah. Semua kita rasa boleh bertolak ansur sebab aku rasa takpelah dia suami. 5 tahun pertama berlalu kemudian 10 tahun juga berlalu dengan pantas.
Suami aku memang baik, cakap pun lembut, hormat orang tua, kebajikan aku dan anak – anak tak pernah terabai. Dalam kata yang mudah dia jaga aku sekeluarga dengan baik. Tapi, mana ada orang sesempurna tu dalam dunia.
Syiling pun ada dua muka apatah lagi manusia. Sisi gelap yang aku terlepas pandang sepanjang aku berkahwin. Disebabkan aku dan dia bekerja jadi aku tak cukup masa nak uruskan rumah dengan sempurna. Aku penat nak uruskan anak lagi, rumah lagi.
Lebih lebih lagi anak waktu tu tengah nak membesar. Nakal dia lain macam. Aku cadangkan dekat suami aku nak ambil pembantu rumah untuk ringankan beban. Sekurangnya ada orang tolong bersihkan rumah. Tapi suami aku tak bagi, katanya nanti tak ada privacy dekat rumah dan dia rasa tak elok kalau nanti hari cuti aku dan anak anak tiada di rumah, maka tinggal mereka berdua saja.
Bila aku fikir semula, oh betul juga. Aku pun iyakan saja. Maka dari situ, aku cari jalan lain iaitu aku ajar anak – anak aku kemas rumah dan buat pembahagian tugas. Alhamdulillah anak – anak aku walaupun nakal tapi jenis yang mendengar kata.
Jadi bila balik kerja, kurang sikit kerja aku di rumah. Kerja – kerja hakiki masih aku yang buat. Gosok baju, lipat baju, sediakan baju suami aku untuk kerja setiap hari tanpa culas kecuali hari dia cuti. Masuk tahun 8 perkahwinan kami, aku dah rasa lain macam.
Kita isteri ada perasaan yang kuat kan, kita dapat rasa kalau ada sesuatu tak kena walaupun kita masa tu belum tahu apa benda yang terjadi. Bila aku cuci baju kerja suami aku, ada bau perfume lain. Bukan bau yang biasa aku bau.
Bau perfume kali ni lebih lembut. Bau perfume tu sekitar lengan beIah kanan saja. Daripada bau ni aku dah agak perfume ni mahal. Aku dah rasa tak sedap hati. Sebab katalah dia pergi meeting sana sini takkanlah baunya melekat dekat lengan sebeIah kanan saja?
Kat situ dah terdetik kecurigaan dalam hati aku. Jadi aku pun buat tak tahu, tak ada tanya dekat dia ke apa. Tapi aku dah mula selongkar dengan lebih teliti dalam masa yang sama aku doa semua salah faham dan aku salah.
Lepas tu aku selongkar wallet dia. Jumpa banyak resit. Aku check satu satu resit barang tu aku terduduk. Jadi betullah. Aku tak salah faham. Dalam masa satu hari Allah nak tunjuk semua benda tanpa amaran untuk aku bersedia.
Resit baju perempuan, resit barang kemas, resit restaurant mahal sedangkan aku tak pernah dapat apa – apa atau pergi ke restaurant tu. Kepala aku kosong. Aku termenung berhari – hari sampai aku ambik mc. Anak – anak entah ke mana aku tak mampu nak hadap.
Suami aku nampak perubahan aku dan dia ada tanya aku s4kit ke apa sebab muka aku jelas nampak pucat. Waktu aku tengok muka dia tu aku rasa jijik sangat. Macam – macam aku fikir. Kenapa 8 tahun baru nak curang?
Kenapa nak curang bila anak dah 3 orang? Tak cukup apa lagi aku ni? Kurang kat mana? Kalau kurang sekalipun bagitahu aku boleh betulkan dan jijik untuk gunakan alasan kekurangan aku untuk kau puaskan nafsu kau.
Lama lepas tu aku tersedar, bukan diri aku yang kurang. Kau boleh jadi secantik bid4dari tapi tetap dicurangi. Kau boleh jadi sesempurna yang mungkin tetap tak menghalang dia untuk curang. Aku tak nak jadi lemah jadi aku berterus terang dan tunjukkan resit yang aku jumpa.
Dia terdiam, terk3jut, kemudian dia kata nak jelaskan. Aku diam dan biar dia jelaskan. Semua yang dia jelaskan masuk telinga kanan keluar telinga kiri aku. Tak kiralah 10 jam kau jelaskan pun takkan ubah hakik4t yang kau curang dengan aku. Dia menangis – nangis minta maaf.
Cliche tapi demi anak – anak aku maafkan. Aku tak nak anak aku rasa apa yang aku rasa membesar dalam keluarga berpecah. Bagi aku biarlah aku berk0rban perasaan asalkan anak – anak aku hidup dalam persekitaran yang sempurna. Hahaha, sempurna ke?
Aku cakap terus terang, sekali pasangan kau buat hal rasa percaya tu memang dah tak ada. Kau maafkan tapi nak melupakan? Benda tu tiap malam berlegar dalam fikiran. Setiap apa yang dia buat memang mencurigakan. Even dia pegang phone aku dah rasa curiga.
Benda ni yang aku tak sedar dah bawa pengaruh buruk untuk aku dan anak – anak aku. Walaupun dia janji yang dia takkan berhubung dengan perempuan tu sampai 7 keturunan sekalipun. Janji dibuat untuk dimungkiri.
Selama mana dia boleh pegang janji dia? Adakah sebab terkant0i baru nak berjanji? Bila orang dah nampak sisi gelap kau? Bila kau dah tak mampu nak tutup keburukan kau dengan kebaikan yang kau lemparkan? Jadi macam mana aku dapat bertahan sampai sekarang selama 15 tahun?
Banyak lagi aku nak cerita tapi aku rasa macam terlalu panjang dan takut pembaca lain bosan. Kalau ada yang nak sambungan aku akan sambung nanti. – Mina (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Terima kasih sebab sudi membaca dan ini sambungannya. Masih panjang ya sebab aku habiskan terus semua. Setahun dia cuba berubah dengan harapan aku lupakan segala perbuatan dia. Dia tak main phone bila balik rumah. Orang kata nak ambil hati semula.
Sejak kejadian tu aku memang tidur awal. Komunikasi pun memang entah ke mana. Sepatah dia tanya, sepatah aku jawab. Cuma depan anak – anak je kami berlakon. Ada benda yang aku perasan bila dia nak mandi, dia akan kunci pintu bilik.
Aku dah pelik kenapa nak kunci pintu bilik? Kunci je la pintu bilik air kan? Aku tanya dan dia jawab dia terkunci. Kadang – kadang dia cakap anak bongsu aku akan masuk dan ketuk – ketuk pintu bilik air. Sekali kau dah kena tipu, kau takkan percaya bulat – bulat dah.
Mesti ada perasaan curiga dan hati aku cakap dia buat hal lagi. Kali ni aku siasat macam biasa, aku minta dia bawa dua anak lelaki aku ke kedai, kataku terIanjur janji nak beli aiskrim waktu balik sekolah. Masa dia bawa anak aku tu, aku ambil phone dia dan aku tak tahu password dia sebab kami tak pernah check phone.
Aku minta anak bongsu aku buka sebab dia selalu main game guna phone baba dia. So aku buka and check satu persatu chat. Eureka! Aku jumpa apa yang aku nak. Memang betul dia buat per4ngai lagi. Once a cheater, always a cheater.
Aku tak terk3jut pun, aku kekal tenang dan baca semua chat tu. Rupanya dia tak pernah tinggalkan perempuan tu. Ada se*ting juga dengan voice note yang aku rasa berd0sa bila dengar. Dia janji nak kahwin dengan perempuan tu.
Okaylah janji kena ditepati. Malam tu aku confront dia sekali lagi. Macam biasa dia masih terk3jut. Aku tak faham kenapa dia kena terk3jut tiap kali dia kant0i. Dia yang buat kerja tak clean, memang akan pecahlah tembelangnya.
Aku cakap aku takkan dengar apa – apa alasan daripada dia lagi. Dan masa tu aku minta untuk dilepaskan supaya dia boleh tunaikan janji dia dekat perempuan tu. Of course lah, drama melayu dia takkan lepaskan aku.
Jadi aku pun cakap aku izinkan dia kahwin dengan perempuan tu. Sebabkan se*ting yang aku jumpa tu aku rasa memang tak patut aku halang. Lama – lama takut berz1na pula. Aku jumpa perempuan tu, tak rasa bersalah pun dia.
Tergedik – gedik dan tak ada kata maaf pun daripada dia. Tapi aku faham, pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin. Jadi bukan salah dia sepenuhnya. Dia siap cakap, dia faham kalau aku nak hari yang lebih untuk suami aku stay dengan aku bila kita bermadu nanti.
Aku cakap bagi aku masa sebulan. Dalam masa sebulan tu, aku upah peguam untuk bantu aku selesaikan kemelut rumahtangga aku. Semua atas cadangan kawan aku juga. Jadi aku jumpa peguam dan aku cakap suami aku tak nak lepaskan aku, maka dengan itu aku nak letakkan syarat sebelum mereka bernikah.
Kos upah peguam pun mahal tapi aku relakan saja lah janji lepas kahwin aku tak dipijak. Ada banyak syarat aku letakkan tapi aku nyatakan yang penting saja. Syarat ni kalau dilanggar maka dia kena lafazkan taIak.
Syarat syarat:
1. Dia hanya boleh balik rumah aku satu hari dalam seminggu kecuali atas kebenaran aku
2. Dia ada kebebasan nak jumpa anak dia bila – bila masa atau bawa anak balik ke rumah isteri kedua pada hari – hari lain. Terserah, kalau anak – anak nak ikut.
3. Hubungan intim hanya boleh dilakukan atas keizinan aku
4. Aku berhak pergi ke mana – mana tanpa perlu persetujuan dia. Of course dia akan dimaklumkan destinasi aku dan anak – anak
5. Segala hal keperluan rumah berdasarkan keputusan aku
Ni antara syarat – syarat yang perlu dia ikut kalau dia nak kahwin lagi. Syarat ni nampak berat sebeIah kan? Aku saja nak tengok dia sanggup ke tak. Tapi orang kalau dah miang, lautan api pun sanggup diredah. Sukalah bakal madu aku, syarat aku berpihak pada dia.
Suami aku setuju, maka aku bagi keizinan dia kahwin. Sebelum tu, aku jelaskan dengan anak – anak supaya mereka tak keliru. Pada awalnya semua member0ntak tapi aku cakap tiada apa yang berubah. Yang berubah hati aku saja.
Maka dia kahwin lah. Keluarga mentua tak boleh buat apa, nasihat supaya aku kuat dan maafkan anak dia. Seronok madu aku, sebab akhirnya mereka dah rasmi halal dan suami aku milik dia 90 peratus. Perkara pertama aku buat lepas mereka berkahwin aku ambil pembantu rumah.
Orang indonesia, nama si mbok baik orangnya. Si mbok akan cuti hari suami aku balik ke rumah. Waktu suami aku nak balik rumah madu aku dia terk3jut tengok si mbok kat pintu masuk pagi – pagi. Tapi apalah yang boleh dia buat.
Biasa suami aku balik hari rabu. Jadi hari rabu tu hari yang paling “sibuk” untuk aku. Pagi rabu aku siapkan makanan sekali dengan dinner. Aku akan balik lambat, pukuI 11 malam baru sampai rumah dengan alasan aku ot atau banyak kerja nak kena siapkan.
Sampai rumah aku siap mandi aku turun ke dapur jam 12 siapkan barang untuk masak esok dan sediakan baju kerja suami aku. PukuI 2 pagi biasanya siap. Aku masuk bilik dia dah tidur. Sengaja aku elakkan diri sebab hati wanita mana je yang tak s4kit.
Beruntung sebab aku perlu tengok muka dia dalam rumah ni sehari je seminggu. Dia pun perasan aku elak daripada dia, so dia cakap nak tukar hari balik rumah which is hari sabtu. Aku iyakan saja tapi dia aku anggap tetamu.
Aku sediakan semua keperluan dan tanggungjawab aku sebagai isteri dari zahirnya. Keperluan batinnya tak perlu sebab dia ada isterinya satu lagi. Kalau perIukan daripada aku untuk apa kahwin satu lagi kan? Keadaan ni berlarutan juga dan aku message dia hanya cakap aku dan anak – anak tiada di rumah, aku bawa anak – anak bercuti.
Dia marah sebab tak bawa dia. Aku buat tak tahu saja. Aku tahu semua ni berd0sa tapi aku pun manusia yang lemah, ni je cara untuk aku cari kekuatan aku. Lepas tu ada dia berbincang dengan aku supaya syarat tu boleh diolah semula.
Aku cakap masa nak kahwin lain tak fikir panjang, sekarang dah mula nak itu ini. Aku bagi tempoh 2 minggu untuk dia fikir sebelum dia bersetuju dengan syarat aku. Pujuk rayu dia sekadar angin yang lalu je. Mentua aku pun dah tak bertanya khabar.
Madu aku selalu ke sana. Macam – macam cerita buruk pasal aku tak tahu jaga suami, sibuk dengan kerja, anak – anak terabai. Apa lagi yang dia tak cakap. Madu kiriman ner4ka agaknya. Aku tahu sebab adik ipar aku yang cerita.
Dia satu – satunya yang sokong aku dari mula hingga sekarang. Dia juga yang suruh f1ght untuk cerai. Duit nafkah aku pun berkurang, dari 1k sebulan ke rm500. Katanya sebab dah ada 2 isteri jadi tanggungan bertambah.
Masalah aku ke tu? Tapi aku tahu duit gajinya diuruskan oleh madu aku. Sebab aku ada duit sendiri jadi aku tak harap duit dia. Nafkah aku tiap bulan aku sedekahkan dengan niat semoga aku dapat ketenangan hati nak terima semua ni.
Syukur sebab nafkah anak tak terabai. Masa pkp tu paling seronok aku rasa. Takdir Allah masa lockdown suami aku kat rumah sana. Jadi dia tersekat kat sana. Aku punya seronok tu Tuhan je tahu. Aku kerja dari rumah dan aku luangkan masa dengan anak – anak aku.
Aku tanya anak sulung aku pasal baba dia. Dia cakap dia tak kesah janji aku ada, dia tahu baba dia ada mummy (dia panggil madu aku mummy) sebab dia pernah bawa anak aku jumpa perempuan tu sebelum ni dan dia kata kat anak aku tu kawan je.
Hahaha aku tak gali tapi Allah timbulkan semuanya. Anak aku kata, dia dengar aku berg4duh, dia tahu aku berlakon je depan dia. Bila aku dengar tu aku menangis minta maaf sebab aku tak mampu pertahankan keluarga.
Anak aku cakap dia okay. Dia rupanya tolong explain kat adik – adik dia. Allah tarik suami aku tapi Allah tu adil, Dia bagi aku anak – anak yang baik. Sepanjang pkp dia ada message aku tanya pasal anak. Aku jawab yang perlu saja.
Kenapa tak call? Sebab dia tahu aku takkan angkat. Aku tak nak dengar suara dia. Kalau dia video call pun aku terus bagi anak – anak. Sakan madu aku belanja sana, belanja sini. Post supaya aku jealous. Tapi sayang aku tak rasa apa – apa.
Masa kita dibenarkan balik kampung untuk beraya tu aku terus pack barang balik rumah mak aku. Aku message dia cakap aku terus straight ke kampung. Lepas pkp, dia balik rumah marah – marah, tak ada angin atau ribut.
Dia kata apa pun aku buat, dia takkan lepaskan aku. Nak elak ke jauhkan diri daripada dia ke apa saja lah aku buat. Dia takkan lafaz. Aku dengar je. Kalau macam tu kita teruskan je lah permainan ni 10 tahun? 20 tahun?
Aku tak rugi apa – apa pun. Sebab tu aku mampu bertahan selama 15 tahun ni. Apa yang aku buat? Invest kat diri aku. Pergi kerja, balik kerja pergi gym, spent time dengan anak, cantikkan diri aku. Jadi aku dah terbiasa tiada lelaki.
Aku pun tak main mata dengan lelaki lain sebab batas aku masih isteri orang. Dia insecure sebab aku tak berharap duit dia. Aku tak berg4ntung dengan dia untuk terus hidup. Sekarang ni dah 5 bulan mak mentua aku s4kit.
Lumpuh separuh badan. Aku ada ziarah. Lepas tu ada ke suami aku suruh aku jaga mak dia? Tergelak aku. Aku tahu tu madu aku yang suruh. Aku dengan tenang cakap mak mentua aku bukan tanggungjawab aku. Dia ada 2 isteri jadi mintalah isteri satu lagi jaga.
Lagipun madu aku bukan bekerja dengan mengandungnya. Of course lah madu aku tak nak. Dia pun tak sanggup basuh ber4k, k3ncing orang tua. Aku cadangkan dia ambil pembantu atau nurse peribadi. Tapi dia kata tak mampu sebab nak tanggung anak aku lagi, anak baru dia lagi.
Tu ada lagi dalam perut. Apa – apa pun tu bukan masalah aku. Pernah juga dia pinjam duit aku dulu katanya dia terdesak. Aku pun bagiIah pinjam simpanan aku. Rupanya sebab madu aku nak beranak anak pertama dekat hospitaI swasta.
Haih aku pun pergi hospitaI kerajaan je. Elok anak sihat. Aku dapat tahu simpanannya bertahun – tahun tu habis licin. Adik ipar aku yang ceritanya. Aku boleh je jaga mak mentua aku tapi dia kat mana masa anak dia buat aku?
Dia buang aku macam tu je. Dia pilih madu aku. Madu aku tu ingat, macam mana dia ambil suami aku macam tu lah dia boleh ambil kesempatan atas aku. Silap besar lah, kalau suami aku pun aku letakkan syarat, kau siapa nak aku ikut cakap kau?
Mak mentua aku tak nak duduk dengan anak – anak lain sebab suami aku anak kesayangan dia. Jadi ni sedikit hukuuman atas suami aku. Ni harga yang perlu kau bayar atas kecurangan kau pada aku. Sekarang dia serabut sangat.
Nak urus mak lagi, bini lagi tengah sarat. Kadang – kadang dia minta supaya boleh tinggal lebih sehari kat rumah aku. Aku bagi je. Tapi nampak jelas lah muka dia kepenatan. Hari – hari pujuk (message) supaya boleh jaga mak dia. Aku senyum dan jawab tidak.
Tetap bukan tanggungjawab aku. Kesian? Memang kesian tapi kalau aku bagi muka memang akan ambik kesempatan. Payback time dan hadiah untuk madu aku sebab dia tak ada keinsafan dalam hidup. Aku sengaja beli barang mahal dan post bagi dia nampak.
Aku beli semua benda berdasarkan resit waktu dia bercinta dengan suami aku. Makan tempat mahal sampai suami aku pernah minta aku stop posting barang – barang aku beli sebab madu aku akan minta benda yang sama.
Hahaha aku beli pakai duit aku. Aku post pun pakai account aku. Bukan duit suami dia. Kadang – kadang aku tak beli just ambil gambar dan post je. Bila aku baca kisah puteri sarah dengan syamsul yusof, teringat kisah aku sendiri.
Rasa empati sebab aku pun lalui benda yang sama. Untungnya dia sebab keluarga mentua sayang dan pertaahankan dia. Aku belajar jadi kuat dan masih ikut permainan suami aku sampai dia sendiri yang menyerah dan melepaskan aku.
Hidup ni macam drama, cuma untuk kisah aku belum pasti happy or sad ending. Aku tahu akan ada orang kata aku k3jam sebab buat macam tu kat suami tapi sebelum dia curang aku k0rbankan kehidupan aku untuk dia. Hati, mata dan jiwa aku untuk dia sahaja sebagai suami.
Curang kali pertama aku masih terima. Kalau hati yang layu mungkin akan subur diletak baja, tapi sesuatu yang m4ti takkan dapat dihidupkan lagi.
Pengajarannya:
1. Kahwin sebab cinta takkan cukup sebab bila sampai waktu cinta akan pudar. Masa tu tanggungjawab dan kesetiaan je yang akan pegang hubungan tu
2. Isteri kena bekerja supaya bila jadi macam ni kita tak terkontang kanting. Kita masih ada kewangan sendiri.
3. Ketahui hak kamu sebagai seorang isteri dan cari cara pertaahankan hak tu
4. Suami sebelum kahwin berbeza dengan lepas kahwin. Kalau sebelum kahwin korang rasa dah cukup kenal per4ngai pasangan, silap besar.
5. Jangan sembunyikan apa – apa daripada anak. Mereka sebenarnya tahu tapi memilih untuk diam. Jujur dan lama – lama mereka akan faham
6. Hiduplah untuk diri sendiri. Hidup ni singkat je jadi buatlah semua benda yang boleh bahagiakan diri dengan bebas tanpa rasa terik4t
7. Jangan jadi terlalu baik sampai orang pijak kepala. Ada masa kau kena pejam mata dan tegas je dalam sesuatu
8. Jangan percayakan orang 100% mungkin 70% saja walau baik macam mana pun
9. Bukan pengajaran, tapi tolong doakan suami saya menyerah dan lepaskan saya. Supaya saya boleh buat pengajaran no 6 tu.
Terima kasih sebab baca luahan saya. Semoga kisah saya dijauhkan dan tidak akan berlaku dekat mana – mana wanita di luar sana. Semoga tiada wanita lain lalui apa yang saya lalui. Semoga juga kita dirahm4ti selalu. – Mina (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Rose Linda Roslan : Semoga dipermudahkan urusan puan dan anak – anak. Btw, bestnyaaa puan sekarang sebab anak – anak dah besar, ada pembantu rumah and ada banyak masa untuk diri sendiri. Zaman berpenat lelah puan dah berlalu, sekarang nak tenang – tenang saja. RugiIah suami yang tak melihat jauh ke depan sebelum curang dahulu.
Hidayati Salim : Tiap kali baca confession kisah rumahtangga perempuan tegas dan kuat ni amat terasa puas hati aku. Rasa menang dan bijak kita orang perempuan ni. Ini asyik pendam mengalah kena pijak. Terus jadi b0doh selamanya. Memang str3ss. Btw tahniah confessor semoga apa yang diimpikan jadi kenyataan.
Nora Osman : Tahun ke-9 dah bermadu. Kini dah tahun ke-15?? Betul – betul tabah tt ni tapi mungkin sebab suami tt kategori mampu. Itulah tiada sebab untuk minta fasakh kot. Pada sisi lain, tak terhitung juga d0sa isteri menafikan hak suami. Allahuakbar.. moga tt diberi hidayah dan kekuatan dalam membuat keputusan menuju jannahNYA..
BACA: Patutlah jet pejuang TUDM ‘escort’ YDP Agong pada hari pertabalan, ini sebab ramai nak tahu