Tak semua wanita rela bermadu tapi bagi mereka yang bekerjaya, diceraikan atau dimadukan bukanlah perkara besar.
Pada akhirnya si suami yang tidak berkemampuan itu juga akan meminta pertolongan isteri pertama yang ditinggalkan demi yang kedua.
Seorang wanita, Manisah (bukan nama sebenar) memuat naik kisah hidup bermadunya menerusi
“Saya membesar dengan ibu tunggal. So memang dari kecil saya pandai mencari duit sendiri.
Kerja tolong orang di pasar malam, tolong ibu sebagai petani, dan macam-macam lagi saya buat untuk menjana pendapatan.
Hasil dari kerja keras, saya dapat peluang ke universiti hingga degree. Seterusnya saya menyambung master dan PHD hasil daripada biasiswa yang saya perolehi.
Setelah habis belajar, biasalah mula orang bertanya bila nak kahwin bagai. Ibu tak kisah sebenarnya kerana baginya selagi saya tidak bersedia, saya tak perlu kahwin.
Lagipun pekerjaan semasa itu terlalu sibuk dan memerlukan saya keluar negara selalu. Malah ibu berpesan untuk tidak berhenti kerja, bimbang akan masa hadapan.
Menghampiri 34 tahun, saya masih bujang sehinggalah ada seorang lelaki iaitu suami saya sekarang datang meminang.
Dia seorang pembantu perubatan di klinik kerajaan berdekatan dengan tempat kerja saya. Sebabkan usahanya, saya akhirnya menerima suami.
Saya meletak syarat sekiranya berkahwin dengan saya, saya sentiasa sibuk, tidak sesekali saya berhenti kerja dan dia perlu faham sebelum berkahwin.
Biasalah lelaki mula mula nak dapat, janji macam macam. Setelah setahun kahwin, dia mula berbunyi yang saya ni tak romantik, jarang masak, tak betah duduk dirumah.
Memang saya jenis straight forward, saya tak pandai nak bermadah. Tapi saya melayan dia dengan baik. Tidak pernah meninggi suara.
Cuma masa saya agak limit. Tapi itu dia tahu dari dulu lagi. Dan dia sanggup berkahwin dengan saya.
Ramai menasihati saya, mereka melihat berkahwin dengan saya akan memudahkan hidup dia, rumah kereta semua ada. Dia cuci kaki sahaja.
Saya memang dari mula kawin tidak pernah mintak duit. Mungkin sifat saya tak suka meminta. Jika dia fikir tanggungjawab dia, dia akan beri.
So bagi dia, ini peluang keemasan untuknya mencari isteri baru. Selepas saya tahu mengenai bakal madu saya ini, entah kenapa perasaan saya tenang je.
Bukan tak sayang suami, tetapi bagi saya tak salah kalau ada orang tolong jaganya. Ibu mentua pun tak perlu nak perli saya lagi sebab ada orang sudi jaganya.
Anak saya dua orang, mereka terkejut sebab saya langsung tak memarahi suami atau merajuk. Allah berikan kekuatan hati saya ini daripada ibu.
Melihat ibu di dera oleh ayah sejak kecil hinggalah bercerrai, saya sudah biasa disakiti.
Demi Allah saya ikhlas. Cuma saya pesan pada suami, dia perlu mencari rumah lain, kereta lain dan saya serahkan kepadanya untuk menentukan jadual balik rumah saya.
Saya jugak meletak syarat untuk membenarkan saya dan anak-anak kemana sahaja dan dia bersetuju. Anak-anak merajuk dan saya pujuk supaya fikir positif.
Bermulalah saya hidup bermadu. Saya teruskan kerja saya seperti biasa. Anak-anak memang dah di ajar berdikari bila cuti sekolah saya bawa mereka bersama.
Suami mulanya ok, tapi at last bersuara. Dia mengatakan saya seperti tiada suami, enjoy bersama anak anak.
Saya mengatakan padanya, saya pergi bekerja. Saya pernah usulkan adakah dia ingin menjaga anak anak sewaktu saya berada diluar negara?
Tetapi madu enggan. Ibu mentua juga canang keseluruh kampung yang saya ini isteri dan menantu tak baik. Jarang balik kampung dan tengok suami.
Saya mengatakan padanya, mak dah ada menantu baru, suri rumah lagi, panggillah dia balik selalu.
Lagipun saya bukan kisah apa orang cakap. Jenis hati besi mungkin sebab itu suami agak meroyan
Dia mula cemburu dengan kejayaan saya. Madu asyik desak dia untuk bercuti seperti saya. Sejak dari awal poligami lagi dia tidak memberi nafkah dekat saya.
Saya tak tahu lah hati saya ni hati manusia or alien, sedikit pun saya tak rasa hati. Sebab saya mampu untuk beli apa saja.
Anak anak jugak mengatakan lebih suka hidup begini dari dahulu. Suami sekarang asyik menganggu saya dengan tohmahan dan cemburu.
Tetapi maaflah suami, hati saya sudah kering untuk awak. Mungkin betul cakap ibu, saya tidak bersedia berkahwin sebab itu hati saya tidak kisah dan tiada prasangka buruk.
Bagi saya, saya boleh hidup je dalam poligami ni. Tapi nampaknya yang meroyan tu suami saya. Sikit sikit tak cukup duit. Nak pinjam dengan saya.
Tetapi bagi saya itu tanggungjawabnya. Dia perlu mencari sendiri. Sedangkan sesen pun saya tidak minta darinya.
Sahabat sekalian, perlukah saya berubah untuk menjadi lebih sensitif? Saya tidak pandai naik angin. Anak anak pun tak pernah lagi melihat saya melenting.
Atau lebih baik saya hidup sendiri sahaja supaya sifat cemburu suami dan madu saya itu akan hilang? Pening jugak sebenarnya.
Apalagi yang lelaki ini mahu? Dah diberi keizinan berkahwin lagi, tidak mintak nafkah, tidak pernah tinggikan suara.”