“Suami memang baik, nafkah semua cukup tapi tak pernah sekalipun dia pertahan aku sebab ni je”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Hati siapa sahaja tak sakit jika pasangan yang dikahwini lebih penting menjaga perasaan orang lain berbanding diri sendiri.

Lebih perit bila dikutuk atau dikritik, pasangan boleh pula berpihak kepada keluarga sendiri berbanding suami atau isteri.

Seorang wanita mengakui suaminya baik, sering beri nafkaha tapi apabila melibatkan mentua, perasaannya sebagai isteri diketepikan.

Suami aku ni baik, bagi nafkah cukup, pernah bagi aku RM20k untuk beli barang kemas, buat kerja rumah. Tapi disebalik semua tu aku simpan derita..

Setiap kali permasalahan dengan mak dia, lansung dia tak pertahankan aku. Bulan pertama kahwin, aku dah dapat malu besar.

“Suami memang baik, nafkah semua cukup tapi tak pernah sekalipun dia pertahan aku sebab ni je"

Bila aku masuk gambar raya berdua dengan mak mentua aku, sekali nenek dia dari kampung hubungi kami suruh padam sebab dia nak jaga hati keluarga tunang tak jadi suami aku.

Laki aku? Suruh la aku padam. Sikit pun tak pertahankan aku atau nasihatkan keluarga dia suruh utamakan perasaan aku daripada orang lain.

Bulan ketiga sekali lagi aku malu, baru-baru kahwin biasa lah duit selalu tak cukup. Aku pula sejenis bendul, mentua tanya ada duit tak, aku cakap tak ada.

Pastu dia tanya anak dia, anak dia cakap ada. Padahal memang tak ada. Sekali mentua marah, aku menangis semahunya.

Selepas tu aku ada bagitahu yg aku dpt upt double line tapi doktor tak sahkan lagi sebab line tu kabur.

Aku biasalah anak pertama teruja jadi aku bagitahu mak mentua. Sampai sekarang dia tak habis perli pasal chemical pregancy tu.

Banyak lagi benda yang aku telan, ni sekadar antaranya. Selain suka banggakan menantu adik beradik dia yg executive, pensyarah dan lain-lain.

Belum cerita dalam pantang, hari-hari suruh aku balik yang perjalanan makan masa 9 jam Tak nak datang tapi nak tengok cucu, disuruhnya aku balik.

Akhirnya aku balik hari ke 11 macam tu. Luka aku bengkak duduk lama sangatt. Akhir 146 hari baru sembuh.

Ada juga kes dia belikan anak aku vitamin minda yang budak SPM makan tu. Umur anak aku baru dua tahun, dia belikan menatang tu.

Lepastu aku tak nak, dia kata dah beli. Kalau tau tak nak dia tak nak beli masalahnya bukan aku minta dan anak aku tu kecil lagi nak makan vitamin minda.

Aku tak salahkan mentua tapi aku salahkan suami sebab dia membuka ruang untuk mak dia menyakiti aku, sampai sekarang aku tak boleh tengok muka dia.

Baca juga: Aqil Zulkiflee buat aksi tak senonoh dengan isteri dalam kolam buat ramai mak ayah kecewa