Suami mati 9 tahun lalu tiba-tiba muncul dalam iklan restoran ini – “nak pengsan tengok..”

Suami mati 9 tahun lalu tiba-tiba muncul dalam iklan restoran ini – “nak pengsan tengok..”

Suami mati 9 tahun lalu tiba-tiba muncul dalam iklan restoran ini – “nak pengsan tengok..” Seorang wanita di Britain mendakwa melihat suaminya makan di sebuah restoran baru-baru ini walaupun lelaki itu sudah meninggal dunia sembilan tahun lalu, lapor akhbar New York Post.

Lucy Watson mengulas mengenai video iklan online yang dikongsi oleh restoran Spice Cottage di Westbourne, West Sussex pada 16 Januari lalu.

Ketika bertanya mengenai usia rakaman itu, Watson berkata, dia melihat anak lelaki dan suaminya dalam video tersebut walaupun lelaki itu meninggal dunia pada 2014.

Restoran berkenaan sebaliknya menyatakan bahawa video itu dirakam seminggu sebelum ia disiarkan.

Suami mati 9 tahun lalu tiba-tiba muncul dalam iklan restoran ini - "nak pengsan tengok.."

Restoran yang ditubuhkan pada 1994 itu menyiarkan video bersama kapsyen bermaksud: “Tahun baharu, suasana baharu!

“Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kami bekerja keras untuk menjadikan pengalaman menjamu selera di sini lebih diingati,” jelas kapsyen berkenaan.

Situasi membingungkan itu membuatkan pengguna media sosial tertanya-tanya dan berkongsi teori mereka mengenai kemungkinan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, tiada ulasan lanjut diberikan kedua-dua pihak berhubung siapa lelaki itu sebenarnya.

BACA:

Pakar ramal Ringgit capai RM4 sedolar AS dalam masa terdekat

Ini sejarah pulau terpencil di Australia yang didiami sepenuhnya oleh orang melayu

CATEGORIES