‘Suami lupa saya yang taja dia sambung belajar, bila dapat kerja oil & gas gaji puluh ribu terus bongkak’

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Saya Sunflower, seorang wanita bekerjaya P&P yang sedang dalam proses penceraian dengan suami saya akibat kewujudan peny0ndol.

Untuk pengetahuan semua, semasa mengenali saya, suami saya berpendapatan kecil jika dibandingkan denga saya yang sudah stabil.

Setelah berkahwin, saya menampung segala perbelanjaan dia untuk belajar dan mengambil kos Oil & Gas yang mahal

Dan akhirnya pendapatan dia mencecah 5 angka sebulan. Ketika suami saya terkant0i curang dengan saya, saya rasa macam dunia saya dah berakhir.

Dia mohon dilepaskan kerana dia dah jatuh cinta dengan peny0ndol yang dia kenali melalu FB tersebut.

'Suami lupa saya yang taja dia sambung belajar, bila dapat kerja oil & gas gaji puluh ribu terus bongkak'

Dia minta untuk bercerai dan berkata akan membayar semua duit yang dia pinjam dari saya. “Gaji aku sebulan bersamaan dengan gaji ciput kau dua bulan lebih, senang ja aku bayar.”

Betapa b0ngkaknya dia berkata – kata sedangkan gaji yang sedikit itulah yang menjadikan dia manusia berjaya sekarang. Keesokkan harinya, saya cuba menghubungi peny0ndol tersebut namun gagal kerana dia sudah menyekat nombor saya.

Saya menghubungi tempat kerja peny0ndol tersebut dan menghantar surat aduan kepada HR tempat kerjanya. Selang beberapa minit, barulah dia menghubungi saya. Dia mengatakan saya tidak professional kerana menghubungi tempat kerjanya dan saya sepatutnya saya berasa malu.

Dia juga mengakui bahawa mereka sudah tidur bersama dan peny0ndol tersebut mahu saya berundur dari hubungan mereka. Bukan itu sahaja, peny0ndol tersebut mengatakan bahawa suami saya curang kerana saya bukanlah isteri yang baik kerana saya tidak melayan suami saya seperti kawan dan saya tidak memahami suami saya seperti bagaimana dia memahami suami saya.

Ayat pertama yang keluar dari mulut saya pada ketika itu adalah WOW. Agak terk3jut bahawa wujudnya seorang perempuan yang langsung tidak rasa bersalah malah menyalahkan isteri yang sah. Keluarga mertua saya juga sudah mengetahui kecurangan anak mereka walaupun pada mulanya mereka tidak mempercayainya kerana suami saya menyangkal.

Tapi, sudah semestinya saya dengan bijak sudah menyimpan semua bukti di hp suami saya ke email saya. Saya serahkan bukti tersebut kepada mereka dan mereka mohon untuk saya bersabar. Suami saya marah kerana saya memberitahu keluarganya dan dia mengatakan dia memilih perempuan tersebut berbanding saya kerana perempuan itu lebih memahami dia dan sentiasa menyokong apa – apa sahaja yang dia katakan.

Agak banyak kata – kata cacian dan m4ki yang dilontarkan kepada saya seperti f*k, get l0st, I hate you, pergi m4mpus etc. Namun, tiada satupun kata – kata m4kian daripada saya. Saya hanya ucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

Saya pula dengan membawa hati yang dah berkecai berkeping – keping, saya terus menghilangkan diri. Masa ini merupakan masa yang sangat sukar kerana saya tinggal keseorangan, tambahan musim PKP maka malam – malam memang fikir macam – macam.

Adakah saya tak cukup cantik? Tapi, jika tak cukup cantik, must4hil saya banyak peminat walaupun dah menjadi isteri orang. Skill memasak dan membuat kek juga tiptop berdasarkan testimonial keluarga dan kawan – kawan saya.

Banyak lah yang bermain di minda sebab – sebab suami saya curang. Kebanyakkannya, saya menyalahkan diri sendiri. Rasa nak ulang balik ke masa belum kenal dia pun ada. Menyalahkan takdir pun ada.. Saya pula anak yang patuh dengan keluarga.

Setia terhadap suami. Dari segi kawan – kawan, saya selalu diundi sebagai kawan yang sangat baik oleh itu, saya mempunyai banyak kawan. Sepanjang saya hidup, saya tak pernah ganggu hidup orang, so pada mulanya saya agak marah sebab diuji macam ni.

Setiap malam saya berdoa supaya hilangkan rasa cinta saya terhadap dia atau bangun tidur terus hilang ingatan pasal dia. LOL. Bila difikir balik macam b0doh pula sebab cuba mempersoalkan takdir Tuhan. Setelah sebulan menghilangkan diri, suami saya menghubungi saya semula.

Dia menghubungi saya menggunakan nombor telefon yang baru dan berkata mahu berbincang. Suami saya berkata andai dapat dia ulang balik masa, dia mahu ulang balik sebab dia menyesal. Dia juga memberitahu bahawa sayalah wanita terhebat yang dia miliki dan semuanya salah dia, bukan salah saya.

Dia mengatakan setiap kali dengan saya, dia rasa macam dia serba kekurangan sebab saya tahu banyak sangat benda daripada dia. Saya pula seorang yang berdikari dan dia rasa kerdil jika di sisi saya. Dia mohon untuk kami dua hidup baru bersama dan dia meminta saya untuk memberi masa untuk dia mengakhiri hubungannya dengan wanita tersebut.

Selepas sebulan lebih berhubung secara bersembunyi tanpa pengetahuan peny0ndol tersebut, akhirnya saya memaklumkan peny0ndol tersebut. Saya beri semua bukti kepada peny0ndol tersebut. Rasa macam lawak kan?

Saya isteri yang sah, dia pula yang marah seolah – olah dia diduakan. Sudah semestinya suami saya marah kerana dia sudah terkant0i dan mereka berdua berg4duh selepas itu. Selepas kejadian tersebut, saya tidak lagi mengambil kisah pasal mereka berdua.

Baru – baru ini, suami saya berkata dia tidak berhubung lagi dengan peny0ndol tersebut tetapi berhubung atau tidak, saya akan tetap dengan keputvsan saya untuk bercerai. Dia masih whatsapp saya sehingga ke hari ini namun saya hanya akan membaIas jika saya rasa ianya penting.

Saya juga masih mengekalkan hubungan yang baik dengan mertua saya dan mereka masih berharap agar kami berdua berbaik. Ada satu ayat mak mertua saya yang saya akan ingat selamanya “Saya sayang kamu sama macam kamu anak saya sendiri. Walaupun nanti kalau kamu tak bersama dia, kamu selamanya di hati saya.”

Ayat dari makcik dia pula, “Kalau boleh saya tak nak kamu dua bercerai. Tapi jika kekal bersama dengan dia membuat hati kamu sedih maka kamu buatlah yang sepatutnya. Cuma kamu jangan lupakan kami atau buang kami ya. Kami sayang kamu macam d4rah daging kami sendiri.”.

Kini, saya banyak fokus dengan diri sendiri. Saya memperbanyakkan sedekah saya, banyak mempercantikkan diri sendiri. Saya sememangnya masih mencintai dia tapi saya tahu, saya layak untuk bahagia. Masa dah terkant0i pun, banyak jugalah penipuan dia yang lain dah terbongkar.

Rasa macam kena scam juga lah sebenarnya. Semasa dia kembali mencari saya semula dan meminta maaf saya rasa itulah penutup yang saya perIukan. Dia mengaku sambil dia menangis yang dia yang tak bersyukur semasa dia memiliki saya dan segalanya sudah terlambat kerana dia rasa saya tak cintakan dia lagi.

Saya sebenarnya bukan la isteri yang ‘jahat’. Dia kata saya ni dah sempurna sebagai seorang isteri cuma dia salahkan saya untuk tegakkan benang yang basah supaya dia tak rasa bersalah. Saya tak tahu samada saya boleh maafkan dia dan perempuan tu atau tidak tapi saya tahu saya mampu move on tanpa dia.

Dan saya rasa lega sangat saya tak viralkan peny0ndol tu ataupun ser4ng dia dekat tempat kerja dia walaupun pada mulanya itu yang saya nak buat. Tapi saya tak buat sebab seorang wanita tak patut jatuhkan maru4h dan standard kepada seorang peny0ndol.

At the end of the day, I kept my pride as a classy woman. Readers, wish me the best! Harap sangat tahun 2022, kes cerai kami dua selesai dia tak delay lagi. Xoxo, – Sunflower (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Kucing Belang : This is one of the best confessions. You know what to do. You are a smart lady! You know your value. All the best and semoga mendapat jodoh yang lebih baik. Lepas kan ajer suami macam tu, seumpama melepas kan anjing yang tersepit. Bila dah senang dia gigit kita balik.

Ida Faridah Mashudin : Someone pernah cakap kat saya, kita ni manusia cuma menikm4ti bukan memiliki. Menikm4ti pinjaman Allah tapi bukan memilikinya. Yang memiliki tu hanya Allah. Thats why bila – bila dia bole ambil sesuatu dari kita.

Jadi bila kita dah applykan konsep menikm4ti tu, bila kehilangan sesuatu nikmat / diambil dari kita, kita in Shaa Allah rasa redha sebab kita dah pernah menikm4ti moment tu dan kita sedar yang selama ni yang tu hanya pinjaman untuk kita dan Allah boleh ambil bila – bila masa sebab Allah memilikinya.

BACA: Pensyarah universiti meninggal dunia lepas tutup pagar rumah ketika banjir