Nama aku Dahlia, harini aku nak cerita tentang kisah hidup aku supaya perkara ini jadi pengajaran untuk yang lain. Aku ringkaskan sahaja.
Aku kahwin dengan Jamal dah hampir 8 tahun dan dah dikurniakan sepasang anak. Yang sulung lelaki 7 tahun dan perempuan 5 tahun.
Jamal ni cinta pandang pertama dan kami tak ambil masa yang lama pun bercinta, terus dia ajak kahwin.
Waktu tu usia Jamal 25 tahun dan aku 29 tahun. Ya, waktu tu usia bukanlah penghalang cinta kami. Aku ni wanita bekerjaya.
Sewaktu aku berkenalan dengan Jamal, aku dah ada kereta, rumah, kerja yang bagus dan tangga gaji lebih daripada Jamal sebab aku kerja swasta.
Setahun lepas kahwin, aku hamil dan selepas melahirkan, anak sulung aku tak boleh berenggang malah pernah kena s4wan tangis.
Jadi setelah berbincang, aku bersetujulah untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah tangga. Jamal pun okay sajaIah sebab waktu tu gaji dia cukup untuk tanggung keluarga sebab dia ada buat part time juga hari minggu.
Jadi hal – hal di rumah ni semua aku yang uruskan daripada A to Z. Jamal hanya ada dekat rumah waktu malam. Mari aku ceritakan kehidupan sebagai suri rumah tangga dahulu. Disebabkan aku ni dah biasa bekerja, terus terang aku kata, aku tak senang hati duduk terperap dekat rumah tapi demi anak kan seorang ibu tu akan sanggup buat apa saja.
Jadi aku mula dari bawah. Jamal sibuk kerja dan aku faham dia cari rezeki. Siang hari aku uruskan anak, kemas rumah, memasak dan macam – macam lagi. Anak tengah tidur bukan aku rehat sekali tapi berlari buat kerja rumah. Baru nak rehat anak dah bangun.
Sedar – sedar dah petang. Malam sediakan makanan untuk Jamal, lepas tu kemas dapur (sementara aku mengemas, Jamal tengokkan anak), bangun tengah malam bagi susu dekat anak. Pagi tu bangun buat sarapan. Sediakan baju kerja Jamal. Rutin sama berulang – ulang.
Betullah, suri rumah memang takkan habis kerjanya daripada kau buka mata pagi hari sampai kau tutup mata malam hari! Sepanjang setahun tu aku rasa diri aku hilang. Aku tengok cermin aku dah tak kenal siapa. Aku dah tak rasa seronok.
Aku rasa penat yang teramat. Kadang – kadang tengah cuci pinggan aku menangis. Bukan sebab sedih, tapi sebab terlalu penat. Dengar anak menangis, kesat air mata lepastu berlari tengok anak. Aku ada luahkan benda ni dekat Jamal, tapi aku tak sedar dia gaslight aku.
Dia cakap biasalah jadi ibu memang penat, nanti anak cepat besar rindu pula moment tu, banyakkan bersabar, i tahu you penat jaga anak. Bila dapat respon macam ni aku jadi malas nak bercerita. Aku ni tak penat sangat jaga anak tapi aku penat mengemas rumah ni.
Kenapa aku tak suruh Jamal buat kerja rumah? Sebab meny4kitkan hati sangat. Aku minta buang sampah sebab ada pampers anak, dia angguk. Aku bangun pagi tu tengok sampah masih dekat situ dan satu dapur berbau.
Bila aku bising dia cuma jadi pepatung. Kita ni bila lama – lama bising kita jadi penat dan s4kit hati. Daripada s4kit hati baik aku buat sendiri, penat pun tak apalah janji hati ni tak s4kit. Even aku buat jadual kemas pun h4ram tak ikutnya.
Balik kerja macam m4yat hidup, jari pun tak boleh angkat dengan alasan penat cari rezeki. Habis aku ni goyang kaki ke duduk rumah? Lepas dapat anak kedua, aku dah dapat adaptasi diri aku sebagai suri rumah. Apa yang aku buat, kalau aku malas aku tinggal je kerja rumah kecuali bahagian dapur dan tempat ruang anak – anak aku main.
Baju aku biarkan seminggu tak cuci, dua minggu tak lipat kain dan aku hanya buat kerja bila aku ada masa. Lagipun masa tu, anak kedua aku masih kecil. Mainan aku biarkan je bersepah dekat ruang tamu. Setahun juga lah keadaannya macam ni sampailah akhirnya Jamal meIetup.
Dia kata dia tak suka tengok rumah bersepah, dia kena kais baju lepas mandi, mainan anak – anak berterabur dan dia nak aku ajar anak sulung aku kemas sendiri mainan. Dia suruh aku settlekan kerja rumah sebelum dia balik kerja.
Dia kata dia penat balik kerja tengok keadaan rumah menjadikan dia lagi penat. Semua tanggungjawab tu dia hempas atas aku seorang. Iya, aku menangis sendiri. Lepas melahirkan kali kedua, em0si aku turun naik. Aku jadi lebih sensitif.
Aku ada suarakan untuk ambil pembantu rumah tapi dia tak nak, katanya gaji pun cukup – cukup makan. Malam, adalah sekejap je dia main dengan anak – anak. Tepat pukuI 10 malam, dia masuk bilik dan tidur. Tinggallah aku sendiri.
Aku ada mengadu dengan mak tapi mak aku suruh aku ikhlaskan je lah sebab dia penat cari rezeki, jadi ketua keluarga ni berat. Alih – alih aku yang kena mengalah. Habis siapa nak kesiankan aku ni? Lama – lama aku fikir mungkin betullah, aku yang tak bertimbang rasa.
Aku patut tolak ansur. After all, perkahwinan tu give and take kan? Dan aku mulakan semula rutin yang dah setahun aku tinggal. Kalini lagi huru hara sebab dah ada dua orang anak. Jamal ni nampak macam keras je dengan aku kan?
Dia memang tak pandai bermanis mulut. Jenis straight je cakap. Tapi dia selalu beli hadiah dekat aku. Dia ingat setiap harijadi aku, anak – anak, ulangtahun perkahwinan semua kami sambut. Kalau raya memang tiap tahun akan balik kampung aku dulu.
Elaun aku setiap bulan mesti ada tanpa culas. Mungkin sebab tulah aku tak boleh benci dia sangat. Bagi aku, setiap lelaki tu berbeza. Mungkin dia kurang dekat situ tapi lebih dekat tempat lain kan? Itulah apa yang aku percaya dan pegang untuk terus bertahan dengan rumahtangga aku.
Tahun ke enam perkahwinan kami segalanya dah terbongkar. Tak payah teka, semua boleh tahu. Ya, si Jamal ni curang dengan aku. Macam mana aku tahu? Aku angkat call phone dia masa dia tengah mandi. Dia tulis nama perempuan tu “boss Ammar”.
Ohh bukan Ammar tapi amoi ya yang call. First word yang aku dengar “sayang, lambat lagi ke nak sampai?” Aku menggigil tangan antara nak menangis atau marah. Lebih pada nak marah sebenarnya. Call tu aku m4tikan.
Phone dia aku buka. Ohh rupanya dia bermadu kasih dengan boss ammar. Aku tak pernah check phone dia selama ni atas dasar menjaga privasi. Jamal keluar bilik air, secara spontannya aku campak telefon tu bebetul terkena atas muka dia. Sebab dekat je jarak katil dengan bilik air.
Dia marah, aih marah dia je dia fikir? Habis marah aku ni macam mana? Aku menangis tersedu – sedu sambil suruh dia explain. Dia tak terk3jut pun weh waktu aku suruh explain. Tenang je dia mengaku. Memang amoi tu skandal dia dan memang dia cari masa yang sesuai nak bagitahu aku.
Belum sempat aku tanya apa kurangnya aku si jamal ni dah bagitahu aku dulu. Dia kata dia tak bahagia dah dengan aku. Dia suruh aku cermin keadaan diri aku. Dia rimas tengok aku sebab dah tak cantik macam dulu. Serabai dan sibuk dengan anak – anak sampai tak ada masa untuk dia.
Balik rumah pun tak tenang katanya sana sini bersepah. Dia malu kalau keluar dengan aku sebab gaya macam makcik – makcik dah. Tak padan dengan dia. Aku daripada menangis tu jadi terdiam. Jamal ni cakap dia nak teruskan hubungan dengan amoi tu dan nak kahwin juga lah dalam masa terdekat.
Jangan halang dan jangan minta cerai sebab dia takkan ceraikan aku sebab anak. Sebab anak tau bukan sebab dia masih sayang dekat aku. Lepas dia cakap tu, dia bersiap dan terus keluar. Lama aku duduk atas katil tu lepas tu aku bangun tengok cermin.
Betullah apa dia kata, tengoklah aku dah macam janda anak sepuluh. Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku belek muka aku dekat cermin. Aku masih teruskan rutin aku macam biasa dalam keadaan terIuka. Jamal pun tak balik seminggu.
Aku masa tu tak peduli, kalau dia m4ti tengah jalan pun aku hadiahkan bacaan yaasin je dari jauh. Waktu dia balik tu pun dia tak ada rasa bersalah ke, nak minta maaf ke apa. Siap ajak per4ng dingin lagi. Aku tanya apa – apa langsung tak jawab.
Aku pun tak faham, aku ke yang curang sekarang ni? Apa pun aku dah tersedar dari lena. Lelaki yang kejar kecantikan ni, kau serabai macam mak lampir pun dia boleh curang, kau cantik macam bid4dari pun dia masih nak curang. Semua tu alasan je.
Dia lah punca aku hilang diri aku. Bayangkan kau berk0rban segalanya tapi dia baIAs dengan n4jis. Kalau betullah aku ni serabai di mata dia, bagitahu je lah aku boleh je pakai dress sambil kemas rumah, ataupun pakai make up sebelum tidur.
Takpun aku boleh je teguk kopi bertong – tong nak teman dia berborak tiap malam kalau itu lah yang dia nak. Tapi dia senyap kan? Tak ada teguran pun. Jadi tu semua alasan je. Nak suruh aku fikir sendiri? Aku ni nak fikir pasal diri aku pun tak sempat.
Oh ya, aku ni nampak macam makcik sebab tak cukup masa nak bersiap. Kalau keluar aku siapkan anak – anak dulu. Aku tengah bersiap dia dah bising sebab lambat. Jadi aku sarung je lah mana yang elok. Per4ng dingin masih berjalan ya waktu ni.
Dia jadikan rumah ni macam hotel je. Jamal dah tidur, makan ubat masa tu dia tak sihat kot entahlah kalau aku tanya pun dia bagi jelingan je. Sebelum aku cucuk mata dia jadi kassim selamat, baik aku diam dan bersabar je. So dia dah tidur m4ti, aku buka phone dia.
Mentang – mentang dah declare nak kahwin dua dia tak tukar pun password tu. Aku scroll album dia nak tengok gambar amoi tu. Menyesal pun ada. Dia outstation selama ni rupanya dia bercuti dengan amoi tu. Mengalir juga air mata dan aku jumpa gambar ic amoi tu.
Terus aku cari media sosiaI dia. Haih dah macam laki bini haa. Padan lah muka aku. Seminggu juga aku makan hati lepas tengok gambar gambar tu. Konon masa dapat tau tu nak jadi wanita kuat tak nak jadi lemah. Tapi kita sebenarnya kena jadi lemah selemahnya sebelum bangkit berjuaang.
Aku tak buang masa, kalau dia nak kahwin aku pun tak kesah sebab dia dah tak rasa sayang kan. Jadi kalau dia nak per4ng, ayuh, kita berper4ng betul – betul! Jadi aku mulakan misi pembaIasan. Perkara pertama aku buat, aku carikan pengasuh untuk anak – anak aku.
Anak sulung aku lepas habis sekolah terus ke rumah pengasuh. Sekali lah dengan anak kedua. Jamal tak tahu sebab siang dia mana ada dekat rumah. Dia balik kerja anak dah tidur. So dia bukan je suami tak guna, tapi ayah yang tak berfungsi juga.
Jadi lepas aku hantar anak ke sekolah dan rumah pengasuh, aku kemas rumah lepas tu aku keluar pergi gym. Aku memang upah trainer. Lepas bersalin aku tak sempat jaga badan aku. Dia kata aku serabai kan? Oh sebab kulit menggelebeh ni kot.
Dia tak tau, ni yang menggelebeh sebab lahirkan zuriat dia. Bukan nak terima kasih tapi sibuk k0ndem. Okay tak apa. Kalau itu yang dia rasa, aku boleh ubah. Aku shopping juga baju baru apa semua baru. Aku guna duit elaun yang dia bagi tu.
Elaun tu aku memang simpan dalam bank lain dan aku tak usik. Kira tabungan kec3masan lah. Situasi ni pun kec3masan okay! Aku berubah ni bukan demi Jamal tapi aku nak baIas perbuatan dia je. Aku ambil masa 7 bulan untuk dapatkan bentuk badan macam masa aku bujang.
Disiplin kena tinggi. S4kit workout tapi bila terbayang muka Jamal aku gagahkan juga. Dia jadi sumber inspirasi kebencian aku. Jamal tak perasan apa pun sebab dekat rumah pun aku still pakai baju – baju yang dia kata buruk tu.
Dan sepanjang tu lah dia tak perasan anak dia aku hantar duduk rumah pengasuh. Dasyat kan? Jadi kant0inya bila dia balik semula pagi tu sebab tertinggal barang. Masa tu aku tengah kemas rumah, dia tengok anak kedua aku tak ada.
Dia tanya, masa tu lah aku jujur. Dia nak marah tapi sebab ada meeting so dia hold dulu. Malam tu memang per4ng dunia ketiga lah aku dengan dia. Dia tak setuju aku hantar dan dia terk3jut aku tak minta izin. Aku ungkit balik kes dia curang pastu dia terdiam. Ha besar kesilapan ku besar lagi kesilapanmu kan?
Dia terp4ksa ikhlaskan je. Bila aku dah yakin dengan badan aku baru lah aku mula pakai baju ikut badan. Tapi dalam rumah saja. Kat luar masih ikut syariah lah. Terbeliak ya mata si Jamal. Tak berkelip langsung. Masa tu, aku buat rawatan rambut dan ada make up sikitlah hehehe feeling extra.
Aku memang puas hati dengan reaksi dia tapi aku buat tak tahu je. Dia tanya apa jadi dengan badan aku pun aku cuma angkat bahu dan berlalu naik atas tidur. Aku rasa s4kit training 7 bulan hilang macam tu je. Mata Jamal ni memang tak berganjak merenung aku.
Aku lalu lalang dalam rumah, mata dia ikut macam cctv. S4kit pula hati aku bila teringat macam ni lah kot dia usha amoi tu. Lepas tu pukuI 7 petang dah terpacak depan rumah. Dia dah mula ajak aku berbual apa semua tapi aku jual mahal.
Masa tu aku ada terfikir dia ni tak ada common sense ke? Dia dah buat aku macam – macam lepastu bila aku dah mula bergaya dia nak aku balik tanpa rasa bersalah? Dia anggap aku apa sebenarnya? Jamal pun mula main dengan anak – anak.
Sampah tu tak payah suruh dah pandai buang sendiri. Kadang – kadang tak penuh pun dia buang. Geram rasa sebab rajin tak tentu hala dah lah membazir plastik! Tapi baik ada makna tu. Dulu aku buruk, suruh buang sampah macam nak tercabut anak tekak pun tak dipeduli.
Masa ni aku tak tahu apa status hubungan dia dengan amoi tu. Aku tak peduli pun apa nak jadi dengan mereka. Kalau rasa nak kahwin, kahwinlah. Macam mana dia buang aku dalam hati dia, macam tu lah aku akan kikis rasa sayang aku pada dia sampai takkan ada sebesar zarah yang tinggal.
Saat tu lah aku jumpa diri aku. Bertahun aku menghilang. Kalini aku hidup untuk diri aku dan anak – anak. Aku bebas luangkan masa untuk diri aku. Aku join banyak kelas. Aku pergi me time sendiri. Satu hari tu, aku balik kampung.
Biasa aku memang bawak anak – anak aku sekali tapi kalini aku nak ajar Jamal. Aku tinggal anak – anak. Risau memang risau sebab aku tak pernah buat tapi kalau asyik rasa takut sampai bila dia takkan belajar. Sabtu dan ahad tu tak henti – henti Jamal call tanya baju dekat mana, nak tidurkan anak macam mana, nak buat susu macam mana. Itu baru 2 hari bayangkan aku yang bertahun – tahun hadap semua tu.
Aku sampai je rumah macam tongkang pecah. Anak – anak tak mandi, dapur berselerak. Masa tu lah aku baIas balik apa yang dia cakap dekat aku. Aku kata aku tinggal rumah dan anak dalam keadaan bersih. Asal bila balik kotor macam ni? Tak suka betullah tengok rumah bersepah, s4kit mata ni.
Tengok cermin tu baru 2 hari dah serabai tara tu. Masa tu juga dia menangis. Aku tak jangka lah dia menangis. Dia teriak sambil pegang tangan aku minta maaf. Baru dia tahu apa yang aku lalui selama ni. Tu pun tak cukup tau.
Kalau aku pergi 2 bulan tak tau lah macam mana. M4ti kering agaknya. Bulan ogos tahun lepas, dia bagitahu aku hubungan dia dengan amoi tu dah berakhir. Jamal kata dia pilih aku. Yang kelakarnya, aku tak pernah suruh dia buat pilihan. Yakin je dia jadikan aku sebagai pilihan.
Jamal kata nak mulakan hidup baru, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Memaafkan mungkin boleh tapi untuk melupakan? Tak semudah ABC. Aku ada cakap lebih baik kalau berpisah sebab tak ada rasa sayang yang tinggal takut nanti cuma jadi tr4uma untuk anak – anak.
Tapi dia merayu. Jadi aku ambil kesempatan atas rayuan dia. Aku minta untuk kerja semula. Bukan aku tak suka jadi suri rumah, cuma aku nak tukar angin lain. Lepas seminggu dia fikir dan akhirnya dia benarkan juga. Aku dapat kerja tempat lama aku balik, tapi bukan jawatan sama.
Kebetulan ada kekosongan. Masa tu aku ajar dia tanggungjawab itu seharusnya dikongsi. Bukan semata – mata atas aku. Jadi kami bahagi tugas dalam pengurusan anak dan rumah tangga. Setakat ni dia masih ikut. Kalau aku balik lambat kerja dia jadi gelisah sebab takut aku ni ada skandal dekat luar.
Macam lah aku tak tahu halal h4ram. Benci macam mana pun aku dekat dia, aku takkan buat benda b0doh dan aku tahu batas aku sebagai isteri orang. Aku pernah bagitahu Jamal, kecantikan aku ni takkan kekal sampai aku tua.
Sampai masa kulit aku akan berkedut dan semua kurniaan Tuhan ni akan perlahan – lahan hilang. Kalau kau cari perempuan yang cantik, sampai m4ti pun kau takkan puas sebab perempuan cantik ni terlalu ramai dalam dunia ni.
Sepatutnya yang kau timbangkan adalah keupayaan dia untuk terima per4ngai buruk kau tu. Tak semua perempuan cantik sanggup nak hadap per4ngai buruk kau. Boleh jadi perempuan biasa – biasa di mata kau tu boleh terima kelemahan kau. Jadi bersyukur sajaIah dengan takdir Tuhan.
Aku tahu akan ada yang kata kenapa tak teruskan dengan penceraian? Sebab dia sanggup nak berubah dan tak adil jika aku tak bagi peluang terakhir untuk dia. Aku bagitahu juga, sekali lagi aku dapat tahu dia curang, takkan ada peluang kedua untuk dia.
Itu menandakan yang dia tak belajar daripada kesilapan dia yang pertama. Aku percaya dalam dunia, tak ada kes curang yang akan kekal rahsia selamanya. Cepat atau lambat Tuhan akan tunjuk juga. Dah setahun lebih kejadian ni berlaku dan Jamal pun nampak macam dah berubah. Lebih baik daripada awal – awal perkahwinan.
Kadang – kadang manusia ni bila dah hilang baru lah nak dihargai. Hati aku ni dah ada parut dan akan kekal selamanya dekat situ. Untuk kesilapan dia, aku ikhlaskan sahaja. Aku anggap ini adalah ujian dalam melayari bahtera rumah tangga.
Aku sekarang tengah cuba menyayangi dia semula tapi sejujurnya takkan sama lah dengan awal perkahwinan dulu. Pada aku, itu harga yang perlu Jamal bayar atas kesilapan dia. Nasihat aku dekat para suami terutama isterinya suri rumah, rajin – rajinlah bertanya keadaan isteri.
Kadang – kadang isteri nampak baik di luar tapi jiwanya kacau. Kalau suami burn out dekat rumah boleh keluar pergi kerja. Tapi kalau isteri burn out dekat rumah dia nak pergi mana? Rajinkan diri tolong isteri dan tak jatuhnya martabat kalian yang membantu ringankan kerja isteri.
Ingatlah peng0rbanan dia mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan anak. Kalau rasa tak suka sesuatu, bagi teguran dan isteri cubalah menerima teguran dengan hati yang terbuka. Komunikasi antara suami isteri sangat penting.
Benda kecil kalau tak diselesaikan dengan baik pun boleh jadi besar. Sekali sekala pujilah masakan isteri, pakaian dia atau apa saja yang dia buat. Tu pun dah cukup buat hilang penat lelah dia. Hargai pasangan kalian. Untuk suri rumah, kalian memang insan yang paling hebat atas dunia ni. Silence hero.
Apa pun yang terjadi utamakan diri sendiri supaya kau kuat untuk melindungi anak – anak kau. Simpanan kena ada terutama kalau suami kau spesis Jamal. Rancang segala kemungkinan yang akan berlaku. Semoga setiap perkahwinan dapat diselamatkan sebelum penceraian menjadi solusi terakhir. Maaf ceritanya panjang sangat.
Aku harap aku takkan menulis lagi di sini dengan tajuk Jamal si buaya d4rat durjana pula hahahaha. Aku harap dia terus berubah ke arah kebaikan semata – mata. Doakan perkahwinan kami. – Dahlia (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Ann Fardan : Akhirnya perkahwinan yang kekal lama itu bukan kerana susah dan senang atau kerana cinta dan kasih sayang tapi kerana sifat ihsan yang ada dalam hati baik Isteri atau suami.
Ibaarat kata sasterawan Hamka… cinta yang paling agung ialah cinta yang hadir kerana sifat kesian sebab ia menyampai sifat Allah kepada h4mbaNYA.
Allah SWT ni kalau tak bersifat Maha mengasihani, dah lama kita buat d0sa sikit kena panah petir. Dah lama manusia tak solat Allah tak bagi rezeki.
Tahniah kepada sifat kesian puan terhadap Jamal dan juga sifat ihsan Jamal yang tidak pernah tergamak menceraikan puan ketika puan gemok hodoh dahulu. Moga kekal hingga jannah.
Mazra Nazra : Sweet rev3nge! Suka perempuan macam Dahlia ni, tak cepat mengalah dan pandai cari solusi. Moga yang baik – baik saja untuk rumahtangga awak dan Jamal. Harap takde ye confession Jamal si buaya d4rat durjana tu.
BACA: Spesies burung ‘hilang’ selama 172 tahun ditemui semula