Seorang suami buntu apabila isterinya merungut nafkah yang diberi setiap bulan berjumlah RM800 masih tidak mencukupi.
Menerusi luahan si suami di Facebook Geng Kerja Singapura (GKS), dia mendakwa selain nafkah bersih berjumlah RM800,
Dia juga menanggung perbelanjaan dari segi keperluan rumah, dan barang dapur.
Namun berdasarkan perbualan WhatsApp yang dikongsi Individu itu, si isteri mengatakan dia mahu nafkah diberi paling kurang RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.
“Saya seorang suami. Dapat gaji saya bayar rumah RM1,000, bil api air RM300, insurans RM500, bagi mak RM300, kereta RM500 dan motosikal RM450.
“Saya berbincang dengan isteri untuk bagi nafkah RM800. Jumlah ni bersih, dia tidak perlu bayar atau beli apa-apa.
“Sebab saya cakap keperluan rumah dan lain-lain saya akan ikut sama-sama beli dan bayarkan. Kalau keluar nak makan apa-apa saya juga bayarkan,” luahnya di laman itu, yang kemudian ditularkan di laman kumpulan B40 Buat Perangai Apa Harini.
Dia turut meluahkan bahawa isterinya menyatakan jumlah RM800 itu masih tidak mencukupi dan turut meminta penambahan nafkah dalam bentuk wang ringgit lagi.
Individu itu menambah, isterinya juga sama-sama bekerja di Singapura.
“Isteri saya cakap RM800 nafkah tu tak cukup. Apa pendapat isteri-isteri dalam ni? Tak cukup lagi ke apa saya bagi tu? By the way, isteri saya pun kerja Singapura juga,” katanya.
Susulan itu, di ruangan komen hantaran berkenaan, ramai yang memberi nasihat kepada individu tersebut selain tidak kurang mempertikai tindakan si isteri yang meminta lebih tanpa mengambil kira komitmen si suami.
“Hmm dah kalau bini tu pun keje Singapura dan dapat juga duit RM800 tu dari laki dia, kira tak bersyukurlah tu. Kalau memang suri rumah jaga anak kalau kata RM800 tu tak cukup logiklah juga,” komen warganet
“Senang je bang. Kau bagi je semua duit dekat dia. Biar dia urus. Nanti tak cukup biar dia fikir sendiri,” komen Mohd.
“RM800 tak cukup. High demand sangat ni. Aku ni nafkah laki bagi kadang RM50, kadang RM100, kadang RM200 tak tetap pun aku bersyukur. Tak pernah nak kira bape laki aku bagi sebulan,” komen Zafirah.