Suami kantoi beri emas palsu masa majlis pernikahan, wanita nekad tuntut cerai

Oleh DAHLIA MARZUKI

Anak perempuan bekas ketua masyarakat dilaporkan menerima mas kahwin berupa emas palsu semasa majlis perkahwinannya oleh suaminya.

Wanita yang dikenali sebagai Syifa mengungkapkan keinginannya untuk memohon cerai dengan suaminya

setelah mengetahui bahawa cincin dan rantai emas yang diberikan kepadanya adalah palsu.

Suami kantoi beri emas palsu masa majlis pernikahan, wanita nekad tuntut cerai

Dalam majlis perkahwinan mereka yang baru-baru ini berlangsung, bekas Ketua Daerah Purwakarta, Dedi Mulyadi, turut hadir.

Bapa Syifa yang telah meninggal dunia pada 3 Mac lalu pernah mengadukan kepada mertuanya mengenai pemberian emas palsu tersebut, namun tidak menerima sebarang respons.

Isu mengenai emas palsu ini masih belum diselesaikan sehingga kini, walaupun bapanya telah meninggal dunia.

Kisah ini telah menjadi viral di media sosial selepas dimuat naik di platform TikTok.

BACA: “Aku tak sangka ibu sanggup curang, tapi lagi terkedu bila dengar jawapan ayah…”