Suami isteri nekad bantu mak cik hampir lemas, kereta tenggelam dalam banjir

Suami isteri nekad bantu mak cik hampir lemas, kereta tenggelam dalam banjir. Kondisi banjir yang semakin memburuk di beberapa kawasan di Malaysia sememangnya mencetuskan rasa khuatir dalam diri setiap penduduk di Malaysia.

Ada sahaja berita mangsa yang terkandas dan belum menerima bantuan terutamanya yang terperangkap ditengah jalan raya.

Namun begitu, para pemandu yang sedang menghadapi bencana alam ini diminta untuk tidak cuba-cuba meredah air bah kerana boleh membahayakan nyawa sendiri.

Mujur cepat bertindak

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Facebook apabila memuat naik situasi panik setelah melihat seorang wanita hampir dibawa arus apabila kereta yang dinaikinya tenggelam.

Menerusi muat naik daripada Ct Norzirah di Facebook, dia dan suami bergegas meredah air banjir menyelamatkan wanita pertengahan usia itu.

Suami isteri nekad bantu mak cik hampir lemas, kereta tenggelam dalam banjir

Terperangkap dalam kereta

Menurutnya, wanita tersebut telah menjerit ke arah anaknya untuk berlari mendapatkan bantuan terdekat memandangkan dia masih terperangkap di dalam kereta.

Tanpa berlengah, pengguna Facebook itu dan suami segera memberikan bantuan dan syukur mangsa dapat diselamatkan. Namun begitu, kereta mereka telah tenggelam dalam air banjir yang agak deras.

Terima kasih beri bantuan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengakui berasa panik dan seram melihat situasi banjir yang sedang berlaku.

Mereka juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pengguna Facebook itu kerana segera memberikan bantuan bagi mengelakkan berlaku kemalangan jiwa yang lebih parah.

Kebaikkan yang tidak dapat dibalas

Alhamdulillah selamat semuanya

BACA JUGA : Mangsa banjir kongsi detik cemas 12 jam atas bumbung surau
Mangsa lemas ditemui lepas banjir surut

CATEGORIES