Suami gay antara penyumbang kes cerai di Malaysia

Suami gay antara penyumbang kes cerai di Malaysia. Sukar untuk diterima tetapi hakikatnya jumlah lelaki gay dan biseksual semakin meningkat di negara ini dan kebanyakan tembelang bia­sanya akan terbongkar apabila golongan yang mempunyai wajah tampan dan berbadan sasa itu dipaksa berkahwin oleh keluarga.

Kebanyakan kes yang dilaporkan ialah isteri mengadu bahawa mereka langsung tidak disentuh sejak hari pertama perkahwinan dan sikap dingin suami yang enggan bermesra dengan mereka sehingga mendatangkan syak. Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh berkata, perkahwinan yang berakhir dengan penceraian.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini, mendedahkan anggota masyarakat gay dan transgender di negara ini semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu. Statistik terbabit direkodkan melalui pelbagai sumber dengan hasilnya mempamerkan peningkatan trend membimbangkan itu.

Terdapat faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan anggota masyarakat LGBT, termasuklah kemudahan media sosial yang membolehkan perbincangan mengenainya mudah diakses golongan muda.

JAKIM mendedahkan, anggota masyarakat gay direkodkan meningkat hampir 100 peratus, iaitu seramai 310,000 individu pada tahun ini, berbanding 173,000 lima tahun lalu.

Manakala, golongan transgender pula merekodkan peningkatan kepada 30,000 individu pada tahun ini, berbanding seramai 10,000 pada 1988.

JAKIM berjaya membawa 1,450 anggota masyarakat LGBT ‘pulang ke jalan benar’ melalui program ‘mukhayyam’, selain akan terus membantu golongan terbabit.

Tengok:

Baca Juga:

Selepas Omicron, kini Deltacron pula menular di seluruh dunia

Hadiah Lamborghini kepada suami, rupanya ada hajat yang si isteri mahu..

Suka hati bodohkan orang cara isi minyak, gadis ini dikecam orang ramai

 

CATEGORIES