Salam semua. Kebelakangan ni banyak confession pasal rumah tangga yang bermasalah. Sampai ramai yang tr4uma nak kahwin.
Ke mana pergi orang – orang yang dalam rumah tangga bahagia? Adakah sudah pupus?
Kami yang bahagia ni, semua diam sahaja sebab orang tak suka bila berkongsi pasal suami atau isteri baik, orang lagi suka cerita suami, isteri buruk.
Masyarakat kata menunjuk – nunjuk, siap kena doa benda buruk, “lol baru kahwin 2 tahun, dah terpaling bahagia”, ataupun “lol baru kahwin 10 tahun, tunggu la 20 tahun lagi baru tahu suami tu sebenarnya macam mana”, sedihkan.
Yang bercakap tu perempuan juga. Tunggu la, nanti bakal muncul di ruang komen. Tak kisah la orang nak kecam. Saya nak cerita suami saya adalah lelaki terbaik untuk saya. Ye, untuk saya. Mungkin di mata perempuan lain (mak, mak mertua, adik saya, kawan saya, orang luar) suami saya ni biasa – biasa je.
1. Sebelum kahwin, mak saya tetapkan hantaran 10k sahaja. Nilai ni tak pernah berubah sejak kakak saya kahwin 20 tahun lepas. Alhamdulillah suami saya bagi lebih. Hantaran ni saya guna untuk lengkapkan rumah sewa kami selepas majlis. Family saya tak sentuh sesen pun duit hantaran untuk majlis.
2. Lepas kahwin, suami minta saya duduk rumah, berhenti kerja dan jaga rumah. Saya ok sahaja, lagi saya suka sebenarnya. Saya tak pernah minta duit belanja lebih tapi alhamdulillah suami bagi sama banyak dengan duit gaji saya masa saya berhenti. Semua duit sewa rumah, bil, makan minum dan lain – lain, suami saya tanggung.
3. Suami saya banyak tolong kerja rumah. Walaupun saya 24/7 di rumah tapi suami masih buat kerja rumah. Kadang – kadang suami saya bangun 5.30 pagi untuk buat sarapan, iron baju kerja sendiri, sapu sampah, bagi makan kucing dan bersihkan dapur.
Jadi, saya terp4ksa bangun 4.30 pagi untuk pastikan saya dulu yang buat kerja – kerja rumah tu. Yela, rasa bersalah pula. Lepas suami balik kerja, kami sama – sama makan. Lepas makan, kami sama – sama kemas dapur. Tu pun jenuh nak cakap, tolong sikit – sikit dah la sebab saya faham dia penat.
4. Suami pernah diberhentikan kerja. Dalam setahun suami keluarkan 50% tabung kec3masan dia. Masa ni, suami masih bagi duit belanja saya. Saya tolak. Lepas 2 tahun mencari kerja, duit gaji baru suami masih tak mampu nak support kami.
Masa ni saya mengandung anak kembar, tak boleh kerja, kena bedridden sebab risiko rahim saya pendek. Saya bagitahu jangan keluarkan duit simpanan yang selebihnya, jual barang kemas saya pula. Suami hanya pergi gadai, lepas dapat kerja cantik balik suami janji akan tebus balik.
5.. Suami tunaikan janji dia. Selepas beberapa tahun struggle, suami t3bus balik barang kemas saya. Rupanya dia pergi “gadai” dengan mak mertua. Hahaha, yang ni saya tak marah pun cuma gelak sikit. Saya dapat balik barang kemas saya, siap bagi barang kemas baru.
Saya pernah terbuka application notes di phone suami, ada beberapa nota benda yang dia pernah janji dengan saya. Terharu saya bila baca. Hahaha. Dekat situ ada nota perfume saya nak, vacuum yang saya pernah share vtt, koleksi habib yang saya like di instagram dan tempat makan – makan viral di tiktok.
6. Suami selalu ajak solat bersama. Mengaji bersama. Malam pun suami rajin kejutkan saya untuk solat tahajud bersama.
7. Dia kenalkan saya dengan semua rakan kerja dan sahabat – sahabat dia. Semua kawan – kawan suami saya kenal. Semua isteri kepada rakan – rakan suami pun saya kenal. Boss dan isteri boss kepada suami pun saya kenal. Dan termasuk cleaner di tempat kerja suami. Suami pun kenal 100% kawan – kawan saya termasuk suami mereka.
8. Cita – cita yang sama. Kami bercita – cita nak bina rumah di tanah kampung sebelum umur 50 tahun. Walaupun kami berdua asal KL, menetap di tengah bandar KL, tapi kami taknak menetap di KL selama – lamanya.
9. Suami hormat duit saya. Walaupun saya surirumah, saya ada simpanan saya sendiri. Simpanan sewaktu saya kerja, simpanan dari duit belanja suami bagi dan simpanan barang kemas saya. Tiap kali saya belanja suami, dalam diam suami transfer balik ke dalam bank saya atau senyap – senyap masukkan cash dalam wallet saya. Geram juga. Geram manja je.
10. Peka dengan saya. Saya jarang mengeluh tentang pakaian sebab saya memang 24/7 di rumah. Kadang – kadang lupa bila kali terakhir shopping baju sendiri. Biasanya saya yang beli baju suami sebab baju dia cepat lusuh sebab hari – hari pakai.
Suami akan ajak saya beli baju bersama. Barang – barang makeup dan skincare saya pun suami akan belek – belek tengok ada yang dah habis atau kurang terus dia ajak saya keluar untuk beli.
11. Suami tak pernah kongkong hidup saya. Walaupun suami minta saya jadi surirumah tapi cara dia bagitahu saya sangat lembut dan tak ada p4ksaan. Kadang – kadang suami tanya, saya tak bosan ke duduk rumah? Saya jawab tak bosan.
Dalam 5-6 bulan sekali, saya keluar lepak dengan bff perempuan saya. Saya memang jenis suka duduk rumah. Main kucing. Deco rumah. Bersihkan rumah. Tengok TV.
12. Sebelum kahwin, suami pernah tanya berapa banyak gaji dan berapa banyak duit saya belanja ke atas diri saya. Suami bagitahu selagi dia tak mampu nak bagi setaraf dengan tu, dia tak akan ajak saya kahwin. Ramai yang rasa saya tak nak bersusah – susah bersama suami di awal perkahwinan, tapi sebenarnya suami saya yang taknak susahkan bakal isterinya.
Walaupun suami dah sediakan “payung” sebelum berkahwin, tapi kami masih juga diuji dengan masalah duit (diberhentikan kerja), alhamdulliah saya masih bersama suami sampai kerjaya dia dah cantik balik. Sebenarnya banyak lagi benda – benda kecil nak tulis tapi panjang sangat la pula, hehe.
Benda – benda kecil ni sangat memberi impak dalam hubungan suami isteri. Alhamdulillah saya bersyukur diberikan peluang jadi isteri kepada suami saya sekarang. Saya tahu suami saya mampu, kalau, kalau sahaja, kalau suami saya minta poligami saya boleh bagi peluang 50/50.
Saya tak akan tolak mentah – mentah sebab suami saya perfect dalam menjaga saya dan anak – anak selama 10 tahun perkahwinan kami ni. Saya tahu dia mampu beristeri dua. Haha. Sedih pula bila fikir. Tiba – tiba masuk bab poligami kan? Hahaha.
Saya tak sempurna sebab tu saya cakap 50/50 je. Saya doakan semua pasangan di luar sana diberikan petunjuk dan hidayah Allah. Kalau nak share apa per4ngai suami yang buat para isteri cair walaupun dah lama kahwin pun boleh. Hehe. Itu sahaja. Salam.. – Azi (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Amir Hadi : Ni suami kategori perfek ni yang lelaki lain kalau baca pun akan cakap susah nak ikut. Bukan tak boleh nak harap pasangan yang perfek, cuma semua manusia mesti ada kekurangan. Ada yang baran, yang kedekut, pemalas, loser, gaji tak cukup, ada ketagihan, lemah itu ini, tapi sisi lain pun mungkin ada yang baik.
Bila kita letak kriteria suami idaman yang m4kin banyak, peratusan nak dapat m4kin mengecil. Sebab tu wujud ‘women’s delusion calculator’. Bukan takde yang boleh meet kriteria kita, ada tapi sikit. Contoh yang dapat tu orang macam OP lah.
So young women’s concern is legit since marriage will surely put ur well being at stake. There’s no such thing as smooth operation 100%, it’s a fact you can’t argue. Kalau dapat dapat, but mostly akan ada yang kurang.
Maizatul Ashiqin : Ya Allah sweetnya bace kisah confessor ni. Terharu plak baca. Memang betul, takut sebenarnya nak sharing bahagia dalam rumahtangga. Kadang – kadang sampai depan orang memang kite tak tunjuk langsong.
Tunjuk macam selalu gado – gado gitu tapi gado – gado manje laa.. hahaha sebab pikir bukan semua orang suka tengok kebahagiaan kita. Baik kita senyap – senyap je, bila kita berdua suami isteri je kita tau kita macamane…
Moga puan confessor dan semua para pembaca dalam ni memperoleh kebahagiaan rumahtangga bersama suami tercinta dan kekal bahagia hingga ke syurgaNya. Aamiin Ya Rabbal Alaaminn