Suami dari neraka..sanggup lacurkan isteri sendiri demi duit

Suami dari neraka..sanggup lacurkan isteri sendiri demi duit

Suami dari neraka..sanggup lacurkan isteri sendiri demi duit. Seorang lelaki terpaksa meringkuk 7 tahun dalam penjara dan kena 3 sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan hidup hasil daripada persundalan isterinya.

Hakim Mahkamah Sesyen Seremban, Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh membuat pengakuan berkenaan sejurus fakta kes dibacakan.

Tertuduh didapati hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan seorang wanita berusia 35 tahun, di sebuah hotel di Kuala Pilah pada jam 1.30 tengah hari, 30 Oktober lalu.

Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan dengan sebatan dan boleh didenda, dan jika disabitkan.

Mengikut fakta kes, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Pilah menjalankan Ops Pintas dan menahan tertuduh serta menyelamatkan mangsa di sebuah hotel di Kuala Pilah, jam 1.30 tengah hari, 30 Oktober lalu.

Suami dari neraka..sanggup lacurkan isteri sendiri demi duit

Pemeriksaan menemui barang kes disyaki tertuduh menjadi ejen serta ‘transporter’ dalam mengurus aktiviti pemerdagangan manusia dengan tujuan eksploitasi seks ke atas mangsa sebelum menahan tertuduh.

Hasil siasatan mendapati, tertuduh memaksa dan memperdagangkan mangsa bagi tujuan eksploitasi seks sejak Julai 2022 bagi tujuan menyelesaikan bayaran hutang yang ditanggung tertuduh.

Siasatan mendapati tertuduh mengenakan bayaran sebanyak RM1,000 bagi satu jam terhadap pelanggan yang melanggan mangsa untuk tujuan eksploitasi seks.

Soal siasat mendapati tertuduh yang juga suami yang sah kepada mangsa mengaku hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan terhadap mangsa sejak awal Julai lalu sehingga wanita itu diselamatkan.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan paling ringan kerana perlu menanggung isteri, ibu dan keluarga isteri, selain mengaku menyesali perbuatannya itu serta mengaku sudah insaf.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Abu Hassan.

BACA:

Shopee terpaksa potong gaji pekerja, krisis ekonomi makin memuncak

Disangka gila main signal tengah jalan, abang lori ni rupanya bagi kod tersirat – “tq bang!”

Ibu tunggal dedah kena ‘scam’ RM300k dengan bomoh cina

CATEGORIES