‘Suami bukan lagi contoh yang baik bagi aku, aku jadi geli dan benci untuk melihat dia lagi’

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Assalamualaikum semua. Ini pertama kali aku menulis  Mungkin, aku terlalu kecewa tiada tempat yang dapat aku luahkan apa yang aku rasa.

Sejujurnya, aku tak sangka aku diuji dengan sesuatu yang aku tak terfikir dek akal.

Sesuatu yang aku betul-betul tak boleh terima. Diuji dengan orang yang aku sayang dan hormati selama ini.

Untuk makluman, aku sudah berkahwin selama belasan tahun dan umur aku dan pasangan pun dah semakin berusia.

Sungguh aku tak sangka, di usia yang semakin ke penghujung aku diuji dengan dugaan yang berat dan datangnya daripada suami aku sendiri.

'Suami bukan lagi contoh yang baik bagi aku, aku jadi geli dan benci untuk melihat dia lagi'

Suamiku, seorang yang baik dan menjaga solatnya. Walaupun dia bukanlah seorang yang alim tapi dia menjaga agamanya sepanjang aku mengenali dia sehingga kini.

Pendek kata, sesuatu yang berdosa dia akan mengelak. Dia lagi selesa berada di rumah daripada keluar dengan kawan-kawan.

Boleh dikatakan, dialah seorang suami yang aku selalu doakan sebelum ini. Tetapi, baru-baru ni sungguh aku tak sangka. Dia telah melakukan sesuatu yang tak terjangkau dek akal aku.

Dia telah ke spa dan melakukan urutan satu badan. Pakej ini dilakukan oleh therapist perempuan. Ya Allah, sungguh runtun hati aku lepas dapat tau apa yang dia telah lakukan.

Mungkin bagi isteri lain, apa yang suamiku lakukan hanyalah cebisan biasa sahaja. Tetapi tidak bagi aku. Ia adalah dosa besar yang aku tak boleh terima sama sekali.

Aku tau urutan di spa tersebut macamana. Walaupun tidak melibatkan sentuhan di ‘private part’ tapi sesuatu yang aku sungguh tak boleh terima.

Aku jadi trauma dengan dosa suamiku ni. Aku tak boleh tidur malam. Aku jadi trauma dengan dosa suamiku. Setiap kali aku ingin menutup mata, aku terbayang perempuan lain menyentuh suamiku.

Ya Allah dugaan ini terlalu besar bagiku. Aku tak sanggup ‘Ya Allah tapi jika ini ujian untuk ku hadapi juga bantulah aku Ya Allah. Kuatkan lah aku Ya Allah’

Sehingga sekarang aku dah tak boleh terima suamiku. Bagi aku dia sama sahaja seperti lelaki lain di luar sana yang membenarkan perempuan lain menyentuh mereka.

Suamiku dah bukan seorang lelaki yang eklusif bagi aku lagi. Bukan seorang suami yang aku banggakan kerana menjaga dirinya lagi. Bukan suami yang menjadi contoh yang baik bagi aku lagi.

Aku jadi geli untuk melihatnya lagi. Aku menjadi terlaku benci dengan suamiku sendiri.

Segala perasaan sayangku seolah terus hancur dan hilang sejak perempuan lain menyentuh suamiku. Mungkin, aku dah takde rasa sayang seperti dulu lagi sebab hati aku terlalu hancur.

Sejujurnya, aku ingin berpisah.

Aku buntu.. apa yang aku harus lakukan.. hati aku seolah-olah sudah tertutup untuk suamiku. adalah berpisah jalan penyelesaian untuk aku hilangkan trauma dalam diri aku?

Tolong doakan aku kuat dan aku mampu bangkit untuk masa depan aku sendiri.

Tolong doakan yang baik2 untuk kami ya.

Dan aku mintak maaf andai kata ada salah kata yang membuatkan orang membacanya terguris hati.

BACA: Rasmi Malaysia diiktiraf salah satu dari 13 negara sertai BRICS