Aku surirumah sepenuh masa. Dah hampir 9 tahun jadi surirumah. Semua berkaitan rumah dan anak – anak aku uruskan.
Hampir semua 99.9% aku yang uruskan. Anak aku dua orang, 7 tahun dan 5 tahun.
Baru – baru ni aku dan suami berg4duh. Apa yang buat aku kecewa, suami aku cakap bila dia balik rumah di rasa macam ner4ka.
Sebelum ni, kalau kami berg4duh pun suami ada cakap dia rasa tak gembira kalau balik rumah tapi harini dia cakap bila dia balik rumah dia rasa macam ner4ka.
Awal pagi (5 pagi) aku dah bangun siapkan sarapan untuk suami pergi kerja dan anak – anak nak pergi sekolah. Anak – anak, aku yang k3jutkan. Bercinta ya nak k3jutkan anak – anak. Memang liat. Tidur awal apatah lagi tidur lambat memang payah nak bangun.
Suami akan marah je anak – anak kalau dorang amik masa yang lama nak bangun. Mandi, siapkan anak – anak, hantar anak pergi sekolah aku yang uruskan. Suami? PukuI 7.30 baru betul – betul dia bangun dan bersiap pergi kerja.
Stokin dan botol minuman suami pun aku tolong siap – siapkan letak tempat yang suami senang nampak. Jadinya dia tak payah nak mencari. Balik rumah selepas hantar anak – anak,
aku kena cuci cawan pinggan dan sampah dari kereta suami yang ditinggalkan suami sebelum dia pergi kerja. MASIH RASA BALIK RUMAH MACAM NER4KA?
Suami balik dari kerja, makanan dan air siap dihidang kalau suami nak makan. Sambil suami makan, sambil tanya macam mana kerja harini, kerja semuanya okay atau tidak. Baju dan stoking bersepah suami buat, aku kutip tanpa marah tapi penuh dengan kesian sebab berpenat mencari nafkah.
Anak – anak aku siapkan mandi untuk malam. Siap bagi anak – anak makan sebelum tidur. Tengokkan homework anak – anak kalau ada. Tidurkan anak – anak bila sampai masa.
Tegur dan marah anak – anak kalau mereka buat bising masa ayahnya terlelap sebab penat. MASIH RASA BALIK RUMAH MACAM NER4KA?
Suami bila balik kerja awal, lepas settle makan terus masuk bilik sendiri katanya ada kerja nak buat. Tapi lepas setengah jam kemudian sakan aku dengar dia bergelak main game. Lepas maghrib, pun sakan main game sampai ke 2-3 pagi tak kira esok kerja atau tak.
Aku terkontang kanting urus anak – anak, hadap anak – anak berg4duh, hadap per4ngai anak – anak setiap masa. Aku tidur lah sorang – sorang selepas tidurkan anak – anak sebab suami 2-3 pagi baru tidur. MASIH RASA BALIK RUMAH MACAM NER4KA?
Belum lagi kalau hari cuti, sakan main game walaupun hari bekerja sampai ke 2-3 pagi. Kalau hari tak bekerja esoknya kadang – kadang sampai ke subuh baru nak tidur. Matahari terpacak atas kepala, belum tentu bangun.
Bangun dari tidur, semua dah tersedia makan minum anak – anak dah settle semuanya, Suami? Makan dan terus sambung main game. Kalau nasib baik haritu, ada lah ajak anak bini keluar. Kalau tak, sambung main game sampai ke tengah malam.
Kerja rumah? Anak – anak? Semuanya aku yang uruskan walaupun suami cuti. MASIH RASA BALIK RUMAH MACAM NER4KA? Gaji suami 5-6K sebulan. Kalau dibuat kira – kira dengan gaji sebanyak tu hidup kami empat beranak dalam keadaan sederhana untuk zaman sekarang ni.
Tapi sebab sifat suami yang jenis tak reti manage duit, gaji habis bayar hutang je. Jadinya, makan minum kami masih kena catu setiap bulan.
Nafkah peribadi aku pun kadang – kadang aku tutup sebeIah mata. Kalau ada rezeki aku, dapatlah bulan tu RM100 untuk nafkah peribadi aku (macam skincare, tuala wanita, ubatan, hutang belajar) kalau takde, bukan rezeki aku lah masa itu.
Kalau nak diikutkan memang tak cukup RM100 tu. Tapi nak buat macam mana, kalau cakap lebih – lebih nanti kata tak bersyukur, dik4tanya kita ni tak faham kewangan suami. Kalau tak dapat bulan tu, pandai – pandai aku lah cari duit kat mana.
Ada jela aku berniaga online kecil – kecilan yang untung sebenarnya tak memberangsangkan pun. Bolehlah setakat beli jajan untuk anak – anak merasa.
Itu pun MASIH RASA BALIK RUMAH MACAM NER4KA? Aku banyak mudahkan urusan suami aku. Tak kira lah dari sekecil perkara sampai ke besar perkara. Tak nak suami susah payah.
Macam contoh aku pergi belanja barang dapur sendiri, pergi dan hantar anak sekolah walaupun suami cuti walaupun sebenarnya suami boleh keluar awal untuk hantar anak – anak.
Bawak mak mertua uruskan halnya walaupun itu kerja suami dan suami cuti masa tu dan walaupun mak mertua ada anak lain yang bercuti.
DuIukan duit anak – anak sekolah dan duit belanja suami pergi balik kerja, segala hal yang nampak kecik tapi aku tetap buat untuk mudahkan kerja suami.
Yela aku kan surirumah je tak dapat bantu apa pun untuk tolong suami kalau suami dalam kesusahan lagi – lagi pasal duit. Itu pun MASIH RASA BALIK RUMAH MACAM NER4KA?
Kalau kami berg4duh pun hal kecik mahupun besar tak kira lah salah siapa pun, aku je yang kena mengalah. Aku juga yang kena minta maaf (tak selalu juga aku minta maaf, selalu aku buat keras juga). Suami? Entah lah.
Semua kesalahan dia nak letak atas kepala aku dari sekecil perkara sampai perkara yang besar. Aku dah penat sebenarnya dalam perkahwinan ni. Aku rasa kosong.
Kosong sangat. Aku dah sampai tahap buat semua benda sebagai tanggungjawab je bukan lagi disulam dengan rasa kasih sayang.
Aku nak meluah, belum habis meluah dah dituduh aku salahkan suami dengan semua perkara. Aku tak salah kan dia pun, aku cuma meluah. Aku pun mengaku memang aku ada salahnya.
Tapi tak pernah jadi pun deep conversation antara aku dengan suami. Mesti berakhir dengan berg4duh, dah mula pun dengan berg4duh.
Suami pernah cakap dengan aku, dia berdoa dengan Tuhan supaya hilang segala kasih sayang dia dengan aku. Suami pernah cakap dia asal balik dari kerja tak pernah rasa bahagia tapi sebab ada anak kat rumah dia rasa lega jela.
Suami cakap dia tak rasa kasih sayang dari isteri. Tapi bila aku tanya, dia entah kan aku. Aku dah buat sehabis baik aku. Walaupun aku penat, aku cuba tak tolak permintaan dia (sebelum ni memang aku banyak tolak). Yela aku ubah apa yang patut untuk pik4t suami aku balik.
Aku harap apa aku buat tak terdetik pun kat hati aku ini semua sia – sia. Ya suami aku pernah cakap selama beberapa tahun ni entah dia sebenarnya b0doh atau sabar dengan perkahwinan ni. Selama berkahwinan ni, memang kerap aku dengar dia cakap,
“balik rumah rasa tak happy, tak gembira.”
“Selama kawin ni entah b0doh ke sabar dengan perkahwinan ni.”
“Balik rumah rasa macam ner4ka. Doa semoga rasa sayang pada isteri hilang biar tak rasa apa – apa.”
“Rasa sayang tu dah takde.” dan macam – macam lagi yang lebih kurang ayatnya macam menyesal agaknya berkahwin dengan aku. Kalau dia dah rasa semua tu, kenapa tak lepaskan aku? – A (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Haajar Mohd Puad :
Start small puan:
1. K3jutkan anak – anak, siapkan anak – anak bekal anak sahaja. Bekal botol air suami tu da boleh la lupakan untuk disediakan.
2. Suami balik keje stokin semua tu, kat mana dia campak, biarkan sahaja di situ. Basuh baju seminggu sekali, baru dia tau rasa pakai balik stokin tu. Kat sini memang kena pejam je mata rumah bersepah.
3. Hujung mnggu keluar je la dengan anak – anak, bawa pusing – pusing, makan eskrem mcd pun jadi lah. Tapi sebelum keluar make sure jangan nak rajin – rajin siapkan makan dia eh. Pandai la dia order grab. Kalau dia suh bungkuskan cakap je tak cukup duit.
Sikit – sikit puan ubah la rumah tu jadi tempat yang dia nak sangat tu. Tapi dalam masa yang sama puan bahagiakanlah diri puan dengan anak – anak. Kalau cuti panjang, minta la izin dia balik kampung dengan anak – anak, dia takyah ikut pun takpe.
Bu Jem : Manjakan sangat suami tu.. mungkin juga sebelum kahwin dah terbiasa dimanjakan mak mertua. Kau ada anak kecik – kecik memang macam tu lah, penat.. Nanti anak – anak dah besar sikit dah boleh diharap, baru lah lega sikit.
Suami macam ni nak senang sendiri.. tak ada iman, doakan tak baik maka tak baik lah yang kau dapat. Ketua keluarga yang tak ada wawasan. Kau doakan dia dapat petunjuk lah..
bawak lari anak – anak ke rumah orang tua kau.. tinggalkan dia sorang diri.. Atau bawak dia pegi kaunseling rumahtangga. Dia ingat kahwin tu mcm main pondok – pondok je ke.