“Suami bagi alasan aku tak pandai layan dia sebab tu asyik curang, akhirnya dia menyesal”

Oleh INFORAKYAT

Bila isu curang ni mesti nak dikaitkan dengan kekurangan pasangan, daripada perbaiki kelemahan masing-masing,

orang luar pula dicari untuk penuhi kekosongan diri.

Kadang-kadang mereka yang curang ini tidak sedar akan kelemahan diri sendiri malah menyalahkan pasangan sebagai punca mereka terjebak dalam maksiat.

Seorang wanita terkilan selepas suaminya berkali-kali curang sehingga terlanjur

malah sering menghubung bekas kekasih yang sudah menjadi isteri orang.

“Suami bagi alasan aku tak pandai layan dia sebab tu asyik curang, akhirnya dia menyesal"

Saya sudah berkahwin selama 11 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata. Suami saya sudah kantoi tiga kali curang dengan saya.

Segala bukti gambar dan caht bersama kesemua wanita itu saya simpan, ada yang sampai terlanjur.

Bila saya dapat tahu semua ini, dia cakap dengan saya dia lakukan semua ini sebab layanan saya dengan dia tidak bagus, sebab itu dia cari perempuan lain.

Suami juga masih berhubung dengan bekas kekasih dia sedangkan perempuan itu juga sudah bergelar isteri. Sekarang saya rasa tawar hati.

Setiap hari dia tuduh saya curang dengan dia , dia akan cakap macam-macam yang buruk dengan saya.

Dia suka jerit dekat saya tanpa mengira tempat, tidak kira di rumah atau tempat kerja, langsung tak kisah bila dipandang orang.

Dokumen suami atas jaminan saya sebab suami earga asing tapi lahir disini, saya nak tuntut cerai tapi saya buntu. Macam mana dengan jaminan suami nanti.

Komen netizen.

Rata-rata netizen menasihatkan wanita tersebut untuk berhenti jadi penjamin suami, malah memintanya untuk memohon penceraian.

“Kenapalah masih nak tunggu, tak perlu nak fikirkan jaminan untuk dia. Cukuplah menyeksa diri tu, bangun untuk diri dan anak-anak.

“Berhenti jadi penjamin. Suami ingat puan dah jamin dia jadi dia boleh buat apa saja yang dia mahu ikut suka hati.

“Tidak baik layanan itu cuma alasan suami puan, maaf kalau saya salah, suami tu cuma mahu puan jadi penjamin sahaja untuk terus tinggl di sini,” antara komen netizen.

Baca juga:Patutlah susah dapat kerja, rupanya 38 kos pengajian universiti ini puncanya, semak segera!