“Suami bagi aku nafkah RM50 pun nak mengungkit, bab anak memang terus lepas tangan”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Nak cari pasangan sekufu bukanlah senang, bimbang pula diberi ujian dengan pasangan yang selalu berkira.

Bukannya berjimat tapi lebih kepada kedekut, nak berkongsi rezeki dengan keluarga sendiri pun susah kemudian mula mengungkit atas nafkah diberi.

Seorang wanita akui penat menghadap suami yang mengabaikan dirinya dan anak, malah terlalu berjimat hingga nak makan pun berkira.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’.

Aku dah tak tahu nk bercerita pada siapa. Jika bercerita pada keluarga nanti jadi aib.

“Suami bagi aku nafkah RM50 pun nak mengungkit, bab anak memang terus lepas tangan"

Selama berkahwin aku tak ada kawan atau sahabat.

Suami aku seorang yg sangat bekira daripada segi belanja, makan dan apaapa sahaja yang melibatkan duit. Boleh dikatakan nak makan pun dia berkira.

Aku selalu berkecil hati bila dia minta aku berjimat cermat walaupun itu sahaja makanan yang ada dia belikan.

Kalau telur yang dibeli itulah akan kami makan dari pagi sampai malam. Itupun dia akan cakap jangan makan banyak kena jimat.

Aku ada anak dan biasalah budak-budak ada masa dia nak makan benda lain, setiap bulan bila gaji sahaja dia akan cakap duit tak cukup.

Kemudian makan apa sahaja yang ada di rumah sedangkan itu tanggungjawab dia untuk memastikan keluarga serba serbi cukup.

Tak cukup tu suami juga kuat mengeluh mungkin sebab hanya dia seorang mencari rezeki dan aku pula 24 jam di rumah tanpa rehat, melayan anak-anak dan buat kerja rumah.

Sampai satu tahap aku rasa badan aku nak sakit tapi aku tetap bertahan, suami tak buat apa-apa di rumah.

Anak-anak pun dia tak mahu sentuh, nak harapkan dia tolong mandi pun susah, kalau aku sakit sekalipun, aku juga kena uruskan.

Aku betul-betul penat, banyak lagi perangai dia yang aku selalu pendam. Suka mengeluh, berungkit, tanggungjawab kelaut.

Kadang bagi duit nafkah pun mengeluh lepastu nafkah kadang bagi RM50, RM100 atau RM200, duit tu aku guna untuk beli barang dapur juga.

Sampai untuk keinginan dan barang-barang peribadi sendiri langsung tak ada. Kadang tu malu jugak bila keluar atau ada majlis pakai baju yg sama bertahun-tahun.

Sejujurnya hati dah tawar, rasa tak dihargai setiap susah aku yang ada bersama tapi dia tak pernah ambil tahu dan bertanya tentang keadaan apatah lagi keinginan aku.

Aku seorang isteri yang tak dianggap, dah banyak bekorban dan memahami. Sekarang aku hanya fikir nak hidup sendiri dengan anak aku.

Baca juga: Terkejut tahu bodyguard PMX merupakan anak kepada Tan Sri terkenal