“Suami aku memang tak pernah marah dan tak kisah pun kalau aku tak masak, cuma aku rasa macam isteri tak guna”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Assalamualaikum waktu aku menulis ni aku baru saja dapat tidurkan anak aku yang berusia 4 bulan.

Aku perkenalkan serba sedikit tentang diri aku. Aku syifa berusia 33 tahun dan baru berkahwin setahun lebih. Ada anak sorang berusia 4 bulan.

Suami aku umur 31. Work from home. Aku sekarang tengah mencari kerja untuk aku bekerja semula. Setelah resign pada trimester kedua kehamilan aku.

Seperti tajuk diatas, aku tak tahu kenapa benda ni bermain dalam fikiran aku. Sama ada aku nak berpisah atau tak. Kalau aku cerita mesti pembaca akan cakap ni masalah remeh.

Mungkin pada sesetengah orang remeh, tapi pada aku makin dipendam makin boleh burn out. Aku rasa aku dah tak nak jadi isteri.

"Suami aku memang tak pernah marah dan tak kisah pun kalau aku tak masak, cuma aku rasa macam isteri tak guna"

Aku nak keluar dari perkahwinan ni. Lagi pun aku tak nak berdosa bila tak jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri.

Meh aku cerita sebab apa. Aku rasa macam kena scam dalam perkahwinan. Suami aku tipikal lelaki melayu yang kena bersuruh untuk buat kerja rumah. Aku penat nak suruh itu ini dan aku tahu laki tak suka disuruh itu ini.

Tambah dengan aku breastfeeding anak aku, aku rasa penat sangat badan aku sekarang ni. Badan memang dah slim balik ke asal sebelum mengandung, tapi penatnya rasa bila dah beranak dan menyusu badan ni. Sampai aku rasa nak angkat anak aku pun tak larat.

Tapi suami aku, macam tak reti2 nak faham pulak aku penat. Mungkin rasa dia aku hanya duk rumah dan jaga anak serta menyusu badan sahaja.

Masak pun kadang2 sebab aku tak larat. Suami aku memang tak pernah marah and tak kisah kalau aku tak masak, cuma aku lah rasa tak berguna as isteri.

Tu bab kerja rumah yang asyik nak kena bagitahu buat itu ini. Melainkan basuh pinggan mangkuk, periuk nasi malam2 sebelum tidur dan buang sampah. Yang tu memang tak perlu diberitahu. Dia memang akan clearkan dapur.

Tapi bab common sense kemas rumah, asyik la nak kena ingatkan. Contoh; beli barang pape, letak atas meja. Dah guna barang tak reti nak simpan balik. Haa benda2 cam tu la buat aku rasa nak marah je.

Tu satu part, part layanan batin aku dah lama tak de mood dan tak bernafsu sejak melahirkan anak. Ni pun antara sebab aku nak keluar dari perkahwinan ni. Aku tak rasa nak having sex dah dan aku rasa tak nak berdosa bila aku tak layan suami aku.

Dia memang tak pernah meminta tapi biasa la ada hint2. Aku cuma cakap aku tak pakai perancang lagi dan aku tak nak anak dah.

Kenapa aku jadi macam ni ye? Adakah aku baru nak adapt kehidupan ada anak atau sebenanrya aku memang dah tawar hati dengan suami aku?

Bab nafkah, kewangan laki aku tak de masalah. Memang minta apa je sedaya upaya dia tunaikan. Tapi fahamlah kita ni as isteri bukan nak suami hanya contribute bab kewangan sahaja, tapi bab kerajinan dan common sense.

Benda tu nampak remeh tapi bila aku pendam aku rasa mcam sakit hati. Aku tak confront lagi dengan suami aku pasal isu ni anda pasal niat aku nak keluar dari perkahwinan. Sebab bila aku tengok muka anak aku, aku fikir, boleh ke kita jadi co parent yang baik. Selfish ke aku?

Aku tak nak lama2 kitorang jadi macam housemate je yang besarkan anak tapi secara emosi suami isteri, dah tak de hati dan perasaan. Faham kan?

Aku harapkan comment dari pembaca untuk isu aku ni. Supaya aku boleh buat keputusan yang rasional dan waras.

– S (Bukan nama sebenar)

BACA: ‘Patutlah Imran Bard nak pergi Amerika’ rupanya ada ‘kembar’