Lipas adalah serangga yang kerap muncul di rumah, terutama di kawasan dapur, bilik air, dan tempat-tempat yang gelap serta lembap.
Untuk mengelakkan stres akibat kehadiran lipas, anda boleh mencuba tips menghalau lipas yang dikongsikan di bawah.
Lipas bukan sahaja menjijikkan, tetapi juga berpotensi mengancam kesihatan.
Oleh itu, tips ini sangat berguna untuk memastikan rumah kekal bersih dan bebas daripada gangguan serangga ini.
Berikut adalah tips mudah untuk menghalau lipas agar rumah kekal bersih dan bebas lipas:
Tips ini hanya memerlukan satu bahan utama, iaitu minyak masak terpakai.
Cara-caranya:
– Tuangkan minyak masak terpakai ke dalam bekas kecil.
– Letakkan bekas tersebut di kawasan yang sering terdapat lipas.
– Biarkan selama beberapa hari, dan anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.
– Minyak tersebut akan dipenuhi dengan lipas, dan anda boleh membuangnya.
– Ulang langkah ini beberapa kali untuk memastikan lipas hilang sepenuhnya.
Mudah, bukan? Anda boleh mencuba tips ini secara berkala untuk memastikan lipas tidak ‘berkampung’ di rumah.
BACA: Pakar agama bidas Presiden Pas persoal keikhlasan PMX tak ambil gaji