Stress basuh baju tak kering-kering musim hujan, ikut je tips ini confirm kurang rungutan isteri

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

“Hujan lagi? Macam mana nak jemur pakaian ni…”Kini tiba masanya bagi suri rumah untuk memikirkan cara menjemur pakaian dalam cuaca yang tidak menentu ini.

Kadang-kadang hujan, tiba-tiba panas pula. Boleh jadi sakit kepala dibuatnya.

Proses menjemur pakaian juga mengambil masa yang lama untuk kering sepenuhnya.

Jika pakaian tidak kering, mulalah ia berbau masam dan hapak.

Memang boleh keringkan di dobi, tetapi tidak mungkin setiap hari harus ke dobi, terutamanya untuk keluarga besar yang selalu mempunyai banyak pakaian. Itu sudah membazir.

Stress basuh baju tak kering-kering musim hujan, ikut je tips ini confirm kurang rungutan isteri

1. GUNA PEWANGI ATAU PELEMBUT PAKAIAN KETIKA MENCUCI

Menggunakan pewangi atau pelembut pakaian adalah untuk memastikan baju tidak berbau busuk walaupun dalam keadaan lembab. Anda boleh menambah sedikit lebih daripada biasa supaya bau wangi dapat melekat pada pakaian.

2. KIBAS PAKAIAN SUPAYA TIDAK RENYUK DAN BERLIPAT

Setelah mencuci dan mengeluarkan pakaian dari mesin basuh, kibas sehelai demi sehelai. Ini bertujuan untuk memastikan tiada bahagian yang berlipat. Bahagian yang berlipat ini boleh melambatkan proses pengeringan.

3. GUNAKAN PENYANGKUT BAJU

Menggunakan penyangkut baju lebih mudah dan cepat. Pastikan anda menjarakkan kain jemuran supaya aliran udara dapat masuk dengan mudah untuk mengeringkan setiap jemuran.

4. JANGAN TINDAN PAKAIAN

Jangan jemur pakaian dalam keadaan rapat atau bertindan. Tindakan ini menghalang aliran udara dan melambatkan proses pengeringan. Berikan jarak untuk setiap jemuran, termasuk jika menggunakan penyangkut baju.

5. SUSUN BESAR ATAS, KECIL BAWAH

Susun pakaian bersaiz kecil di bahagian bawah manakala yang besar di atas. Ini bertujuan memastikan setiap pakaian terkena aliran udara.

6. MANFAATKAN KIPAS ANGIN YANG ADA

Jika tiada tempat terbuka untuk menjemur pakaian, manfaatkan kipas angin.

Anda boleh menggunakannya untuk membantu mengeringkan pakaian. Pastikan setiap jemuran mendapat udara dari kipas angin.

Berikut adalah 6 tips yang boleh anda praktikkan di rumah ketika musim hujan ini.

Tips ini ringkas dan praktikal, sesuai untuk menjaga kualiti pakaian anda. Kini, tiadalah rungutan dari cik isteri di rumah! Selamat mencuba!

BACA: Akibat dari dendam kesumat, pemuda cekik ular lepas dipatuk