Steven cekal pelajari dan fahami Islam walau dilempar pelbagai label

Steven cekal pelajari dan fahami Islam walau dilempar pelbagai label

Masa-masa sebegini, saya teringat balik kenangan manis berkunjung ke rumah Dr Maza di Bukit Mertajam pada satu tahun semasa bulan Ramadan. Kami duduk berborak-borak sampai terlanjur lepas 12 malam. Sebab nampak jam dah lewat, saya pun minta diri, tapi Dr Maza minta duduk lagi. Katanya, hujung-hujung Ramadan, orang Islam berjaga pada waktu malam, lalu dia bercerita tentang Lailatul Qadr.

Saya ahli DAP. Dan saya selalu cuba untuk memahami agama, budaya dan amalan rakan-rakan yang lain, termasuk orang Islam.

Saya berkawan dengan orang Palestin, bahkan pernah menerima surat pengiktirafan daripada komuniti Palestin di Malaysia atas sokongan terhadap pembebasan bumi Palestin.

Lim Kit Siang pernah membawa kami melawat ke dunia Islam di Timur Tengah bagi memahami konsep Islam, kenegaraan dan politik. Saya sendiri pernah bertemu dan berbincang tentang urus tadbir Islam dengan tokoh ulama politik Sheikh Rachid Gannouchi Tunisia.

Namun, pusing satu round, tetap dilabel macam-macam.

Mungkin betul kata-kata salah seorang tokoh Islam di Indonesia yang pernah kami kunjungi: perjuangan di jalan yang benar akan diuji dengan pelbagai kepalsuan.

Satu pengajaran yang saya belajar dan akan ingat sentiasa dalam “tazkirah” Dr Maza tentang Lailatul Qadr ialah kesabaran dan kesungguhan untuk membuat sesuatu perkara yang betul walaupun kita tidak mengetahui 100% semua benda tentang perkara itu.

Dan walaupun saya tidak pandai dalam isu ini, saya boleh nampak kesungguhan kawan-kawan Muslim saya mencari Lailatul Qadr. Ada seorang rakan baru-baru ini menyatakan bahawa beliau berjaga setiap malam untuk beribadah demi Lailatul Qadr. Semoga dipertemukan Lailatul Qadr.

Semoga Ramadan ini membawa keberkatan kepada kawan-kawan Muslim dan kepada negara kita Malaysia.

Sumber:

COMMENTS