Status FB #untuksemua Rafizi timbul tandatanya menjelang pertemuan esok

Status FB #untuksemua Rafizi timbul tandatanya menjelang pertemuan esok

Rafizi Ramli yang pernah menggemparkan negara dengan pendedahan skandal NFC dan juga merupakan antara tokoh yang banyak membawa gelombang perubahan dalam PRU14 yang lepas tampil dengan profil FB sementara bertulis #untuksemua.

Beliau menulis status “nantikan” ternyata menimbulkan tandatanya banyak pihak kerana esok dilaporkan bakal berlaku pertemuan antara Anwar dengan YDP Agong untuk mempersembahkan sokongan.

Ramai yang memberikan komen terhadap status beliau tersebut dengan harapan agar Rafizi dapat membuat comeback ke dunia politik.

Rafizi yang giat berkempen dalam PRU14 yang lepas tidak bertanding dalam mana-mana kerusi kerana mempunyai kes mahkamah yang memungkinkan beliau hilang kelayakan sebagai ahli parlimen jika didapati bersalah.

Beliau mengambil keputusan tidak bertanding dan menggerakkan INVOKE serta membantu kempen Pakatan Harapan untuk memenangi PRU yang lepas.

Walaubagaimanapun beliau mula menyepikan diri setelah Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya dan memberikan tumpuan kepada perniagaannya setelah beliau kecundang ditangan Azmin dalam pemilihan PKR yang lalu.

Sumber :

Nantikan.

Posted by Rafizi Ramli on Monday, October 12, 2020

COMMENTS