Starlink milik Elon Musk kini boleh dilanggan di Malaysia, harga tak masuk akal

Starlink milik Elon Musk kini boleh dilanggan di Malaysia harga tak masuk akal

Starlink milik Elon Musk kini boleh dilanggan di Malaysia, harga tak masuk akal. Starlink mahu tawarkan servis internet berasaskan satelit ke seluruh pelusuk dunia. Dengan kehadiran servis internet ini, pengguna sudah tidak perlu risau dengan sebarang cuaca kerana akses internet tanpa batasan dengan menggunakan teknologi satelit.

Menerusi ciapan terbaharu Elon Musk, beliau mengumumkan servis internet satelit iaitu Starlink kini sudah tersedia untuk tujuh kontinen yang merangkumi Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, Australia dan juga Antartika.

Rangkaian Starlink direka khas untuk mereka yang tinggal di lokasi luar bandar atau pun jauh dari liputan yang sekaligus tidak mempunyai akses kepada infrastruktur telekomunikasi di darat. Pada minggu lalu, Elon Musk telah pun mencuba salah satu terminal internet yang berada di benua Antartika.

Pihak Starlink telah memperluaskan infrastruktur termasuklah memasang terminal di lokasi ekstrem di dunia. Dengan ini, setiap pengguna berpeluang menerima akses internet berkelajuan internet walaupun berada jauh daripada bandar mahupun di dalam cuaca yang ekstrem seperti hujan lebat atau salji tebal.

Starlink milik Elon Musk kini boleh dilanggan di Malaysia, harga tak masuk akal

Sekiranya anda berminat dengan penawaran internet berasaskan satelit ini, kini boleh lawati laman rasmi Starlink untuk membuat pesanan dengan membayar deposit sebanyak $99(~RM453.50). Starlink menyasarkan servis ini bakal tersedia di Malaysia bermula suku pertama tahun 2023 kelak.

BACA:

Ucapan serius ramalan Jokowi ekonomi bakal gelap 2023 jadi tular

Siapa sangka Honda Ex-5 kini cecah nilai RM12,000

Usahawan kosmetik diculik sudah dibawa jauh ke Myanmar, kata polis Thailand

CATEGORIES