Staf UPM kantoi bagi komen lucah di live Tiktok

Staf UPM kantoi bagi komen lucah di live Tiktok

Staf UPM kantoi bagi komen lucah di live Tiktok. Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang menjalankan siasatan dalaman membabitkan kakitangannya yang memberi komen lucah ketika menonton siaran langsung seorang wanita menerusi TikTok baru-baru ini.

UPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius berhubung tindakan tersebut dan siasatan segera telah dilakukan mengenainya.

“Diharapkan agar semua pihak dapat bersabar serta tidak memanjangkan lagi perkara ini,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa menerima komen berbaur lucah ketika dia sedang bersiaran langsung menerusi TikTok.

Susulan itu, wanita berkenaan bertindak mendedahkan pelaku tersebut yang didakwa merupakan salah seorang daripada staf di UPM.

Staf UPM kantoi bagi komen lucah di live Tiktok

Walaubagaimana pun, video kiriman tersebut telah dipadam daripada laman sosial berkenaan.

Sehubungan itu, kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter UPM telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna di platform tersebut.

“Pengajarannya, gunakanlah ruangan komen di sosial media dengan bijak,” ciap seorang netizen, @hazanzan2.

“Mohon disiasat sebaiknya dan jika benar, ambillah tindakan sewajarnya,” tulis pengguna lain, @iqdgaf.

“Dia (individu) bukanlah pengajar atau pensyarah, dan dia hanya staf di bahagian tertentu saja serta tidak bersangkut paut dengan para pelajar sangat. Jangan salahkan tempat mencari ilmu, salahkan si pelaku,” ciap seorang pengguna lain, @ssame_la.

Hantaran kenyataan yang dikeluarkan tersebut telah meraih sebanyak 807,000 jumlah tontonan, 2,989 tanda suka dan 1,482 ciap semula setakat ini.

BACA:

10 tips naikkan seri pengantin macam Reen Rahim, lain macam ‘fresh’nya

Anak sulung Azhar Sulaiman dipuji baik, ‘banding dengan si adik’

Tragedi Batang Kali: Ini dia wira sebenar, jom kenal dengan anjing unit K9

CATEGORIES