Srikandi Akar Umbi sokong Tun M dan Bersatu kembali bersama PH

Srikandi Akar Umbi sokong Tun M dan Bersatu kembali bersama PH

Kemelut yang berlaku didalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sedikit pun tidak dapat menggoncang pendirian utuh kami. Kami Srikandi Akar Umbi tetap dan akan sentiasa menyokong penuh kepimpinan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Pengerusi Parti Pribumi BERSATU Malaysia.

Srikandi Akar Umbi merupakan tunjang kekuatan Parti Bersatu. Bersandarkan semangat kerjasama , setiakawan, toleransi, semangat juang yang kuat dan tidak mudah mengalah, Srikandi Akar Umbi telah berjaya menjadi pejuang wanita membantu BERSATU bersama Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke-14

Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang kerjasama dengan Parti UMNO yang telah merompak dan merobek harta rakyat Malaysia secara rakus semasa pemerintahan mereka. Kerana ini , Srikandi Akar Umbi berjuang tanpa henti dan berjaya mendapat mandat rakyat untuk memastikan kemenangan kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya yang lepas.

Dengan penuh semangat setiakawan Srikandi Akar Umbi menyokong penuh cadangan Timbalan Presiden BERSATU YAB Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir dan Pengerusi BERSATU YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad , Timbalan Presiden untuk BERSATU kembali bersama Pakatan harapan.

Kami , menyeru agar Semua Srikandi BERSATU di Malaysia bangkit berdiri teguh bersama kami dibelakang Kepimpinan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Ayuh! kita bersama berdiri teguh mengembalikan kepercayaan mandat rakyat demi Harapan Rakyat Malaysia. Srikandi Akar Umbi akan tetap
BERSATU, BERAMANAH DAN BERMARUAH.

DATIN IZZA ISMAIL
Srikandi Akar Umbi

Sumber: