SPRM sahkan ada unsur rasuah dalam pembelian berkaitan Covid-19

SPRM sahkan ada unsur rasuah dalam pembelian berkaitan Covid-19

SPRM sahkan ada unsur rasuah dalam pembelian berkaitan Covid-19. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan, beberapa pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ini ketika pandemik COVID-19 melanda, terpalit dengan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata perbuatan itu menunjukkan ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk membuat wang haram daripada kesakitan dan kemalangan orang ramai.

Beliau berkata, banyak negara menghulurkan bantuan ekonomi dan membuat pembelian perubatan peralatan atau perubatan melalui tabung kecemasan.

“Namun sangat menyedihkan, walaupun pandemik dan negara dalam keadaan kecemasan, beberapa pembelian ini terpalit dengan rasuah.

“Ini menunjukkan terdapat individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membuat wang haram daripada kesakitan dan kemalangan orang ramai.

“Siasatan dilakukan SPRM berhubung COVID-19 termasuklah rasuah dalam perolehan perkhidmatan perubatan; penyalahgunaan kuasa dalam mengalihkan bantuan bantuan dan pakej rangsangan.

“Selain itu ia turut membabitkan penipuan yang berkaitan dengan peralatan perlindungan perubatan yang dipalsukan (pelitup muka, sarung tangan dan lain-lain) dari segi kuantiti dan kualiti peralatan perubatan yang lebih rendah serta rasuah pegawai penguat kuasa dalam barisan penguatkuasaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

SPRM sahkan ada unsur rasuah dalam pembelian berkaitan Covid-19

Beliau mendedahkan situasi itu ketika menyampaikan ucaptama Forum Anti Rasuah Malaysia kali ketiga yang berlangsung di sini, hari ini.

Azam berkata, SPRM membuka sebanyak 376 kertas siasatan membabitkan 415 tangkapan berkaitan jenayah rasuah mengikut Akta Penggubahan Wang Haram dan Kanun Keseksaan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Katanya, suku pertama tahun ini juga turut menyaksikan sebanyak RM12.58 juta aset dirampas, manakala RM59 juta lagi dilucut hak.

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 829 kertas siasatan dibuka SPRM dan daripada jumlah itu, sejumlah 851 tangkapan dibuat dengan nilai aset dirampas adalah sebanyak RM162 juta manakala RM5.13 bilion dilucut hak.

“SPRM akan terus mempergiatkan fungsi suruhanjaya ini untuk membanteras aktiviti rasuah dan penyelewengan malah kita mencari pelbagai cara untuk memerangi rasuah yang kini semakin rumit kerana tipoligi dan modus operandi dipertingkatkan.

“Sebagai contoh, sebelum ini SPRM perlu mendapatkan bantuan Jabatan Imigresen untuk menumpaskan sindiket yang menggodam sistem imigresen bagi mengeluarkan pas untuk pelawat dan pekerja sementara palsu,” katanya.

Beliau berkata, seramai 12 individu termasuk pegawai imigresen ditahan dalam operasi secara besar-besaran terhadap 22 lokasi di Kuala Lumpur, termasuk 147 akaun bank dengan baki berjumlah RM10 juta dibekukan, hartanah bernilai RM11.87 juta dan 66 kenderaan bernilai RM13 juta dirampas,” katanya.

Azam mendedahkan, kegiatan rasuah itu sudah berlarutan sejak lima tahun lalu sehingga menyebabkan kerajaan kehilangan kutipan hasil yang maksimum.

BACA:

Netizen sedih bapa hanya mampu bagi belanja anak universiti RM30 sebulan

Baru sahaja berita cerai isteri tersebar, Amar Asyraf dah kahwin kali ketiga?

Dzulkefly beri laluan calon muda di Kuala Selangor, mahu berundur

CATEGORIES