SPRM kata Tommy Thomas setuju Riza lepas tanpa bebas

SPRM kata Tommy Thomas setuju Riza lepas tanpa bebas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertegas bahawa keputusan terhadap penyelesaikan kes mahkamah membabitkan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz, mendapat persetujuan Tommy Thomas yang ketika itu berkhidmat sebagai peguam negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata ia merupakan keputusan pasukan pendakwaan yan diketuai Thomas.

“Ini adalah kes yang sedang berjalan di mahkamah, jadi apa-apa saja keputusan dibuat timbalan pendakwa raya.

“Kami hanya maklumkan kepada masyarakat umum mengenai apa yang berlaku saja. Itu saja,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today.

Terdahulu SPRM menjelaskan persetujuan untuk melepas tanpa membebaskan Riza dibuat dengan persetujuan Thomas.

Ia juga menyaksikan kerajaan akan menerima kembali aset bernilai AS$107.3 juta (RM465.3 juta) dari luar negara. Aset berkenaan didakwa diperolehi menggunakan dana 1MDB.

Menurut agensi antirasuah itu permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Riza itu dibuat pada 5 Julai 2019.

Riza Aziz
Kata SPRM ia merupakan pelepasan bersyarat, iaitu pihak pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai.

“Persetujuan antara pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi di mahkamah ini adalah keputusan yang dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas,” katanya.

Malam ini Thomas pula dipetik sebagai berkata, kenyataan tersebut adalah tidak benar kerana beliau tidak ada memberikan arahan mengenai representasi dikemukakan peguam bela Riza.

Azam berkata pihaknya tetap mempertahankan kenyataan yang dibuat petang tadi.

“Tidak mengapalah kalau bekas peguam negara hendak nafikan perkara itu, ia terpulang kepadanya. Saya OK dan kami teguh dengan kenyataan kami,” katanya.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/525737

COMMENTS