SPRM menjelaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki, tidak pernah mengeluarkan kenyataan
Bahawa wang RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri berkenaan.
SPRM turut menegaskan bahawa kenyataan seperti yang dinyatakan oleh Awang adalah tidak tepat,
Dan SPRM atau Ketua Pesuruhjayanya tidak pernah membuat sebarang kenyataan berkaitan isu tersebut.
Sivakumar juga mencabar Awang untuk mengulangi kenyataannya di luar Dewan Rakyat.
“Jika beliau benar-benar memiliki bukti yang sah, beliau seharusnya menyatakan tuduhan ini di luar dewan dan berani menyebut nama individu yang dikaitkan,” katanya.
Beliau menambah bahawa pemimpin DAP, termasuk dirinya, akan terus berkhidmat dengan telus dan menyokong penuh usaha SPRM dalam memerangi rasuah serta memperkukuhkan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.
BACA: Ulama Pas sekolahkan adik Azmin Ali