Spekulasi punca kematian artis Thailand ini tarik perhatian dunia, ini perkembangan terkini

Spekulasi punca kematian artis Thailand ini tarik perhatian dunia, ini perkembangan terkini. Kematian artis terkenal Thailand, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapong pada Khamis lalu sehingga kini masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen masih tertanya-tanya punca kematian pelakon berusia 38 tahun itu yang didakwa terjatuh ke dalam sungai pada waktu malam ketika menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya bersama-sama lima rakannya dari Krung Thon Bridge ke Rama VII Bridge.

Pasukan penyelamat menjumpai mayat Nida yang dilihat terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh selepas dua hari.

Spekulasi punca kematian artis Thailand ini tarik perhatian dunia, ini perkembangan terkini

Spekulasi punca kematian artis Thailand ini tarik perhatian dunia, ini perkembangan terkini

Nida tidak memakai jaket keselamatan

Menurut laporan media tempatan, Nida tidak memakai jaket keselamatan duduk di bahagian paling belakang sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.

Bagaimanapun di sebalik tragedi mengejutkan itu, ibu Nida, Panida Sirayutthayothin meluahkan rasa sangsi dan tidak percaya bahawa kematian anaknya itu akibat terjatuh secara tidak sengaja dari bot laju itu dan difahamkan Nida juga mempunyai kebolehan berenang.

Panida juga mendakwa kemungkinan berlaku pergaduhan antara mereka yang berada di bot itu memandangkan terdapat foto memperlihatkan wajah anaknya kelihatan tidak gembira duduk seorang diri di belakang bot.

Spekulasi punca kematian artis Thailand ini tarik perhatian dunia, ini perkembangan terkini

Apa yang diketahui setakat ini:
  • Terdapat enam orang di atas bot: Tangmo, pengurusnya, seorang wanita lain, dua lelaki, dan jurumudi; mereka telah menaiki bot dari Jambatan Thon Buri menuju ke Nonthaburi.
  • Bedah siasat mengesahkan Nida meninggal dunia akibat lemas susulan penemuan lumpur pada paru-parunya.
  • Pihak polis menemui luka besar pada bahagian paha kanan dan kesan calar di kaki kiri pelakon itu, bagaimanapun pasukan forensik tidak dapat mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami berpunca daripada kipas bot.
  • Penyiasat berpengalaman, Kamronwit Toopkrajang mengulas isu kematian Nida dengan mengatakan fakta yang dikemukakan seperti mendiang terjatuh ketika membuang air kecil terlalu ‘diada-adakan’.
  • Bedah siasat tidak dapat menentukan sama ada kakinya dicederakan sebelum atau selepas kematian. Sedangkan jelas sekali Nida masih hidup ketika dia di bawah air kerana dia masih bernafas, tetapi tidak boleh berenang. Ia menunjukkan kakinya cedera sebelum dia lemas.

Spekulasi punca kematian artis Thailand ini tarik perhatian dunia, ini perkembangan terkini

  • Nelayan di kawasan mendakwa mereka melihat bot tersebut meluncur laju dan membelok tajam di permukaan air.
  • Kelima-lima rakan mendiang dipanggil semula untuk disoal siasat dengan menggunakan ujian pengesanan penipuan. Keterangan yang diberikan oleh kelima-lima rakan tersebut sepadan, tetapi kurang terperinci.
  • Polis masih menunggu laporan bedah siasat Nida dari Institut Perubatan Forensik di Hospital Besar Polis dan keputusan ujian toksikologi untuk kelima-lima rakannya.
  • Mahkamah wilayah Nonthaburi dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap akibat kecuaian yang dilakukan oleh tekong dan seorang rakan yang mengemudikan bot tamat tempoh lesen.

Tonton:

Baca:

Cara latih kucing anda kencing dalam tandas, dijamin berkesan!

Wanita terkejut bila intai cara pengasuh ini jaga anaknya, “tak sangka..”

Nampak je hidup biasa, rupanya 5 artis ini datang dari golongan ‘kayangan’

CATEGORIES